Pemain muda berbakat negara, Allee Putra Azril mendapat tajaan bagi membolehkan beliau berguru dengan salah satu akademi Sepanyol, FC Malaga City.
Allee mendapat tajaan daripada sebuah syarikat firma arkitek terkemuka R2 Architect Sdn Bhd dimana firma tersebut akan membiayai segala kos semasa pemain berusia 15 tahun itu berada di Sepanyol.
Allee berkata beliau menjadikan pencapaian penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim yang beraksi bersama kelab Belgium, KV Kortrijk sebagai inspirasi beliau.
“Tawaran ke Sepanyol ini akan menjadi peluang keemasan buat saya untuk mengasah bakat dan harapan saya suatu hari nanti dapat mewakili Malaysia dan kelab di Eropah,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Pengarah R2 Architect, Ruslan Razak berkata langkah tersebut diambil sebagai khidmat sosial korporat firma beliau dalam usaha membantu bola sepak Malaysia.
“Bakat yang ada pada Allee Putra adalah sebab utama kami membiayai dari segi visa, yuran pengajian bahasa, penginapan, tiket penerbangan dan lain-lain keperluan.
“Malaga City FC menawarkan Allee Putra dua tahun pengajian yang mana dia ditawarkan tempat ke sana dan bukan memohon masuk akademi. Dia juga mendapat sokongan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA),” ujarnya.
Allee dijangka berlepas ke Sepanyol bagi menyertai FC Malaga City pada Jumaat ini.
Baca artikel lain mengenai Allee Putra dan pemain muda Malaysia yang lain di sini:
Ubi Muda Malaysia, Allee Putra Sah Sertai Akademi Bolasepak Antarabangsa FC Malaga City, Sepanyol
Nash Lefthanded Sanggup Labur Ribuan Ringgit Hantar Anak Berlatih Di Luar Negara
Omar Raiyan Tersenarai Dalam Skuad B-17 Red Star Belgrade Hadapi Musim 2020/2021