Sebuah kelab profesional di Kemboja iaitu Angkor Tiger FC telah berjaya meraih sumbangan lebih RM100,000 dalam tempoh kurang dari 10 hari selepas melancarkan projek ‘crowdfunding’ mereka pada 8 Januari 2021 yang lalu.

Angkor Tiger FC yang dimiliki oleh orang Jepun itu, dilihat menggunakan teknik sama seperti yang dilakukan oleh banyak kelab dalam saingan J.League sebelum ini dalam mencari dana untuk pasukan dan dalam masa yang sama memberikan sesuatu kepada penyokong yang memberikan sumbangan kepada projek tersebut.

Picture_2

Menurut kemaskini laman sosial rasmi kelab Angkor Tiger FC, mereka melancarkan projek ‘crowdfunding’ ini pada 8 Januari 2021 dengan sasaran untuk memperolehi sebanyak JPY2,500,000 atau sekitar RM97,222 namun dengan berbaki 8 hari lagi, Angkor Tiger FC telah berjaya meraih JPY2,648,877 atau RM103,021 sehingga hari ini.

Daripada pemerhatian, berkemungkinan besar sumbangan itu sebahagian besarkan adalah dari warga Jepun yang ingin membantu pembangunan bola sepak di Kemboja khususnya dan seperti yang kita tahu ada beberapa buah kelab dalam saingan Metfone Cambodia League juga adalah milik orang Jepun yang melabur dalam industri sukan ini.

Pictures_3

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, Angkor Tiger FC menggunakan CampFire sebagai platform projek yang mereka lakukan dan semua 12 ‘benefits’ disenaraikan untuk pilihan mengikut nilai masing-masing daripada serendah JPY3,000 atau RM117 sehingga setinggi JPY800,000 atau RM31,111.

Sehingga artikel ini ditulis, seramai 121 orang termasuk secara individu dan juga syarikat telah memberikan sokongan kepada projek iniĀ  serta tidak mustahil Angkor Tiger FC akan mengumpulkan lebih RM120,000 apabila projek ini ditutup minggu hadapan.

Jelas dapat kita perhatikan bahawa Jepun sedang melebarkan pengaruh mereka dalam industri bola sepak di Asia Tenggara selari dengan misi dan strategi mereka untuk mengangkat liga bola sepak mereka dipandang lebih tinggi dirantau ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

“Persepsi Mereka Tengok Aku Datang Sebab Publisiti, Bola Pun Orang Tak Nak Pass.” – Hidetoshi Nakata

Ranking Top 10 Kasut Bola Yang Dipakai Oleh Pemain Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Seluruh Jepun 2020

Park Hang-seo:”47 Pemain Import V.League, 70% Adalah Penyerang. Macam Mana Nak Dapat Penyerang Tempatan?”

Sumber