Baru-baru ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat Fasa 1 secara kuarantin sebagai persiapan menjelang kelayakan AFC B-23 di Mongolia pada Oktober ini.
Seramai 27 pemain dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat yang akan berlangsung selama sembilan hari bermula pada 30 Ogos hingga 7 September ini.
Ketua jurulatih, Brad Maloney memanggil beberapa muka baharu dalam kem latihan pusat kali ini seperti Azhad Haraz (Skuad Projek FAM-MSN), Adam Roshan (Brook House FC) dan Amir Faruk (Chipstead FC).
Senarai 27 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Fasa 1 Skuad B-20 Kebangsaan Dari 30 Ogos Hingga 7 September 2021
Ia sebagai persiapan awal menjelang Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, 27 hingga 31 Oktober 2021.
Baca penuh di https://t.co/hiJE0eAGKF#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/rMF4y7i67j
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 25, 2021
Menurut perkongsian Youth Football Malaysia, terdapat sekitar 13 pemain yang mungkin dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat fasa kedua dimana nama-nama besar dijangka dipanggil.
Selangor mempunyai wakil paling ramai iaitu enam pemain dimana nama seperti Mukhairi Ajmal, Danial Asri, Harith Haiqal, Zikri Khalili, Shahrul Nazeem, Shivan Pillay dan Alif Haiqal Lau dijangka menjadi pilihan utama Brad Maloney.
Jangkaan call up lps ni…
Selangor
Mukhairi Ajmal
Danial Asri
Harith Haiqal
Zikri Khalili
Shahrul Nazeem
Shivan Pillay
Alif Haiqal LauJDT
Arif Aiman
Feroz (kalau x injured)Tganu
Azam Azmi Murad
HakimiKVK
LuqmanAkron
Wan KuzriRahadiazli & Ramadan masih injured
— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) August 25, 2021
Seterusnya ada pemain dari Terengganu seperti Azam Azmi Murad dan Hakimi Abdullah, pemain dari Johor Darul Ta’zim seperti Arif Aiman dan Feroz Baharudin dan dua pemain yang beraksi di luar negara iaitu Luqman Hakim (KV Kortrijk) dan Wan Kuzri Wan Kamal (Akron).
Pasukan negara diundi dalam Kumpulan J dimana akan bertemu Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober 2021.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan dan Liga Malaysia di sini:
27 Pemain Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat Fasa 1 Skuad Malaysia B-20
Danial Asri Mahu Pemain Muda Beranikan Diri Beraksi Di Posisi Penyerang
V Annil Mahu Gunakan Pengalaman Bersama SGV Freiburg Bantu Skuad B-20 Tahun Negara