Sebuah portal terkenal UAE, Gulf Today mendedahkan bahawa kerusi panas ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu kini hampir pasti menjadi milik Zoran Mamic, yang berasaal dari Croatia.
Misi utama yang perlu dicapai adalah untuk layak ke pusingan seterusnya dalam kelayakan Piala Dunia 2022 serta layak secara automatik ke saingan Piala Asia 2023 nanti, namun skuad UAE harus berdepan dengan skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe dahulu yang pastinya tidak akan memberi laluan mudah.
Menurut laporan tersebut juga, Zoran Mamic berkemungkinan besar akan ditawarkan kontrak selama 2 tahun yang dikatakan bernilai €4,500,000 atau sekitar RM22 juta!
Zoran Mamic yang kini merupakan ketua jurulatih kelab tersohor di Croatia, Dinamo Zagreb bukanlah satu figura asing dalam industri bola sepak di Timur Tengah terutamanya kerana beliau telah banyak mengendalikan beberapa pasukan kelab sirantau itu seperti Al-Nassr, Al-Ain serta Al-Hilal.
Beliau juga merupakan salah seorang anggota skuad kebangsaan Croatia yang berjaya meraih tempat ke-3 dalam kejohanan Piala Dunia 1998 di Perancis bersama-sama Davor Suker, Slaven Bilic, Dari Simic dan lain-lain.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Koleksi Jersi Skuad Kebangsaan 8 Buah Negara Di Asia Yang Menggunakan Jenama Nike
Media Vietnam Ini Dedahkan Yohan Cabaye Berminat Beraksi Dalam V-League, Tunaikan Wasiat Neneknya