Kem skuad kebangsaan Vietnam semalam dilaporkan sudah memulakan sesi latihan sebagai persiapan untuk menghadapi Malaysia dalam perlawanan seterusnya pusingan kelayakan 2 Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan Mac tahun hadapan.

Sesi latihan tersebut yang diadakan di Hanoi, disertai oleh campuran pemain-pemain senior dan juga pemain muda yang mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan liga domestik Vietnam musim 2020 ini.

Perkara itu telah dinyatakan sendiri oleh pemain senior yang telah terpilih dalam kem tersebut, Que Ngoc Hai, dimana beliau melihat kombinasi individu hebat dan berpotensi kali ini mampu untuk memperkasakan lagi pasukan.

Tuyen_Viet_Nam_10_zing

“Secara peribadi, saya dan pemain senior lain sentiasa mengingatkan pemain-pemain muda untuk cuba berlatih dalam keadaan yang tenang dan selesa.”

“Apabila saya memiliki minda yang tenang, saya mampu melakukan kerja dengan baik. Apa yang lebih penting adalah disiplin keseluruhan pemain secara berpasukan. Selepas tamat saingan V.League, kami kekal fokus dan masih memiliki tahap kecergasan serta mampu memenuhi perancangan ketua jurulatih.”

https://twitter.com/VietFooty/status/1335772774405697537?s=20

Menurut beliau lagi, kem latihan kali ini dibahagikan kepada 3 kumpulan dimana seorang ketua akan memantau setiap kumpulan yang terdiri dari campuran pemain muda dan senior.

Skuad bimbingan Park Hang-seo itu dikatakan akan mengatur 2 perlawanan persahabatan sebelum turun mencari kemenangan bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mengukuhkan kedudukan untuk mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia serta layak ke Piala Asia 2023 secara automatik.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Media Vietnam Ini Dedahkan Yohan Cabaye Berminat Beraksi Dalam V-League, Tunaikan Wasiat Neneknya

Tarikh Kejohanan AFF Suzuki Cup Diubah Lagi, Akan Berlangsung Pada Bulan Disember 2021

Koleksi Jersi Skuad Kebangsaan 8 Buah Negara Di Asia Yang Menggunakan Jenama Nike

Sumber