Baru-baru ini beberapa media sukan di Vietnam telah menerbitkan sebuah artikel mengenai seorang pemain yang terkenal eropah memiliki susur galur berasal dari Vietnam, Yohan Cabaye yang dilaporkan berminat untuk beraksi dalam saingan V.League.
Memetik artikel dari laman web Sport442, nenek Yohan Cabaye berasal dari Vietnam dan mahu cucunya itu beraksi di Vietnam sebagai wasiat sebelum meninggal dunia bulan lalu.
Ketika kejohanan Piala Asia 2019 yang lalu, Yohan Cabaye dikatakan turut hadir menyaksikan perlawanan skuad kebangsaan Vietnam dan telah bercakap dengan beberapa media dari negara itu.
“Oh! Ini (Vietnam) adalah kampung halaman nenek saya. Dia adalah orang yang sangat penting dalam hidup saya.”
“Sejak dari kecil, nenek saya banyak mengajar saya mengenai nila kekeluargaan, cara hidup dan kualiti yang membantu saya berdiri teguh dalam hidup serta berjaya hari ini.”
“Saya sangat bangga dan gembira dia berada disamping saya setiap hari. Saya juga bangga ramai orang Vietnam yang teruja mengikuti karier bola sepak saya.”
Saya turut gembira dan teruja untuk menerokai budaya Vietnam, sebagai sebahagian dari asal usul saya. Perkara ini akan membantu saya berkembang dengan lebih lagi dan saya mahu lakukan sesuatu untuk menyumbang kepada bola sepak di Vietnam.”
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Koleksi Jersi Skuad Kebangsaan 8 Buah Negara Di Asia Yang Menggunakan Jenama Nike
RASMI: Shahrel Fikri Diumumkan Sebagai Pemain Baharu Selangor FC Musim 2021.
Kerteh FC Umum INKA Creative Beli 10% Saham Syarikat, Bakal Garap Strategi Lonjak ‘Branding’ Kelab