Musim lalu Willian menolak tawaran kontrak dari Chelsea yang menurutnya tidak menepati kehendaknya. Dan beliau memutuskan untuk menyertai Arsenal.
Willian hanya mahu bermain di London kerana baru mendapat pasport UK dan menurutnya, isterinya mahu membesarkan anaknya bersama sama di ibu kota England itu.
Oleh itu Willian telah menyertai Arsenal yang menawarkan kontrak lebih panjang daripada Chelsea. Di mana Chelsea enggan menawarkan kontrak 3 tahun kepadanya.
Awalnya Chelsea menawarkan setahun. Oleh kerana Lampard mahu Willian kekal, maka mereka menawarkan kontrak 2 tahun. Itu ditolak Willian.
Willian ketika itu menyatakan beliau terpaksa melupakan isu perseteruan kedua dua kelab demi kepentingan dirinya yang mahukan kehidupan di London.
“Ianya keputusan sukar. Tak mudah untuk diambil. Kerana, macam yang kamu faham, perseteruan di antara dua kelab ini sangat besar. Jadi, keputusan sangat sukar untuk meninggalkan Chelsea dan menyertai Arsenal.”
“Saya berfikir banyak kali, keputusan dibuat selepas meneliti sedalamnya, berbincang dengan isteri saya dan juga beberapa kali bercakap dengan ejen saya.”
“Dan salah satu faktor yang membuatkan saya menetapkan keputusan saya adalah perbincangan dengan Mikel Arteta dan juga Edu. Mereka meyakinkan saya untuk datang ke sana dan ianya projek yang bagus. Jadi, ianya bagus untuk saya dapat pergi ke sana.”
“Semua orang tahu syaratnya. Saya sangat ingin kekal bersama Chelsea. Namun kami tak mampu mencapai kesepakatan. Saya meminta 3 tahun, Chelsea hanya mampu menawarkan 2 tahun. Dan semua orang tahu akan cerita ini. Itulah sebab kenapa saya pergi.”
Tetapi kini, Sky Sports melaporkan bahawa Willian mahu kembali semula ke Chelsea, menyertai revolusi Thomas Tuchel.
Kontrak semasa Willian masih ada sehingga 2023. Willian sebenarnya menikmati debut yang cemerlang dalam beberapa perlawanan awal Arsenal.
Namun selepas itu beliau merosot prestasinya. Dan hanya kembali menjaringkan gol dalam aksi ke-37 musim ini untuk beliau ketika berdepan West Bromwich Albion.
Arsenal kini mempertimbangkan untuk melepaskan Willian untuk membolehkan mereka mendapatkan pemain baharu. Beberapa kelab di Eropah dan Amerika berminat dengan Willian.
Inter Miami antara kelab yang terus mengikuti perkembangan pemain itu. Tetapi Willian sudah memberitahu Arsenal bahawa beliau hanya akan berpindah ke Chelsea.
Willian may have played his last game for Arsenal – with the Brazilian winger understood to be keen on a return to Stamford Bridge.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 25, 2021
Berdasarkan kualiti pasukan Chelsea yang sedia ada, Willian pasti sedar beliau perlu bersaing dengan pemain pemain yang sudah semakin menunjukkan kualiti mereka.
Selain itu, Chelsea dijangka akan mendapatkan beberapa pemain lagi untuk posisi serangan.
Adakah Willian akan berjaya meyakinkan Chelsea untuk membawanya pulang?
Baca juga artikel
Sejarah Dan Tradisi Manchester United Membuatkan Maguire Tolak City
Guardiola: ‘Aguero Sertai Kelab Saya Cintai, Bermain Dengan Pemain Terbaik Sepanjang Zaman’