Liverpool hanya mencatat seri 1-1 ketika mereka menjadi tuan rumah West Bromwich Albion.
Walaupun mengecewakan, pengurus Liverpool Jurgen Klopp merasakan ini adalah keputusan yang adil untuk kedua-dua pasukan.
Ini adalah tugasan pertama Sam Allardyce selepas dilantik menggantikan Slaven Bilic dalam misi kelab mahu mengelak penyingkiran.
Menurut Klopp, Liverpool telah memulakan perlawanan dengan baik. Ini terbukti apabila Sadio Mane meletakkan Liverpool di hadapan seawal minit ke-12 lagi.
Agak malang apabila Liverpool gagal menambah lagi gol tersebut sebelum masuk ke bilik rehat.
Pada separuh masa kedua, Liverpool gagal bermain seintensif separuh masa pertama. Dan mereka menerima padang apabila minit ke-82, Semi Ajayi menyamakan kedudukan untuk West Brom.
Walaupun penampilan Liverpool tidak memuaskan pada babak kedua, menurut Klopp, West Brom bermain dengan sangat baik. Oleh itu, Klopp merasakan bahawa West Brom berhak membawa pulang satu mata dari Anfield.
Menjadikan mereka pasukan pertama membawa mata pulang dari gelanggang keramat tersebut.
Klopp berkata: “Saya suka babak pertama, itu adalah pertarungan yang sangat baik pada babak pertama.”
“Kami memulakan perlawanan dengan baik,” kata Klopp kepada BBC.
“Kami bermain dengan hantaran sederhana dan kami melakukan semua yang perlu kami lakukan.”
“Namun, pada babak kedua setelah lima minit mereka mempunyai lebih banyak situasi bahaya daripada yang mereka lakukan pada babak pertama.”
'I have to say they deserved a point.'
Jurgen Klopp reflects on Liverpool's draw with West Brom.https://t.co/q4c3M7AXxX pic.twitter.com/E65fOFodXc
— BBC Sport (@BBCSport) December 27, 2020
“Anda harus mengambil kesempatan ketika memilikinya tetapi ini bukannya penghujung dunia, ini adalah perlawanan bola sepak yang kami mahu menang dan semestinya menang kami mahu menang.”
“Tetapi sekarang setelah saya melihat 95 minit penuh saya rasa mereka layak mendapat satu mata,” tambahnya.
Sam Allardyce kini melanjutkan lagi rekod tanpa kalahnya berdepan dengan Jurgen Klopp di Anfield.
☑️ Sam Allardyce remains unbeaten against Jurgen Klopp in PL at Anfield – P4 W1 D3
☑️ West Brom only the second visiting team to take PL points from Anfield in 2020 (after Burnley) pic.twitter.com/Zbmp8WS2vI
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) December 27, 2020
Walaupun gagal menang, Liverpool masih kekal di puncak Liga Perdana Inggeris.
The Reds kini mengumpul 32 mata dari 15 perlawanan. Mereka berada tiga mata di hadapan Everton di tempat kedua.
Baca juga perkembangan lain
Lampard Kutuk Aksi Malas Pemain Chelsea Dan Minta Mereka Turut Bertanggungjawab