Kelab gergasi Itali, Juventus semalam telah mengumumkan pemecatan pengurus pasukan, Maurizio Sarri berkuatkuasa serta-merta berikutan penyingkiran daripada saingan UEFA Champions League (UCL) di tangan Lyon.
Sarri yang pernah membimbing Chelsea hanya bertahan semusim di Juve dan sempat membantu pasukan tersebut menjuarai Serie A kesembilan berturut-turut pada musim ini.
Tewas dalam dua final piala domestik serta gagal membawa Liga Juara Juara Eropah ke Turin telah membawa kepada keputusan pemecatan tersebut. Beberapa nama besar telah pun dikaitkan sebagai pengganti Sarri untuk saingan musim depan.
Antara nama tersebut ialah pengurus Real Madrid (Zinedine Zidane), bekas pengurus Tottenham Hotspur (Maurichio Pochettino), dan Simone Inzaghi.
Malah, warganet dari negara seberang sempat berseloroh dengan menyebut nama bekas pengendali skuad kebangsaan Indonesia bawah 19 tahun (B-19), Indra Sjafri sebagai pengurus baharu Juventus.
Mereka membanjiri kelompok media sosial dengan mempamerkan gambar Indra Sjafri yang berposing sebelah logo kelab sambil mengucapkan ‘selamat datang’.
“Disahkan bahawa jurulatih Indra Sjafri dari Indonesia akan menggantikan Sarri sebagai pengurus Juventus,” tulis seorang netizen dari Indonesia dengan begitu yakin.
Confirmed that coach Indra Sjafri from Indonesia will replaced Sarri for the manager of Juventus pic.twitter.com/t5wMPIkiaD
— Deden Arta (@ArtaDeden) August 8, 2020
💥BOOM💥BLITZ🔥EXCLUSIVE: Juventus appointed Indra Sjafri as a coach for 3 seasons. 🇮🇩 https://t.co/K0KpVkKPBw
— Sediyo Purnomo (@sediyo) June 1, 2019
Indra Sjafri for Juventus https://t.co/d5doIqX9hO
— The Real Adin Rizki (@AdinOfficial) June 22, 2020
Juventus Pecat Maurizio Sarri, Nama Indra Sjafri Ikut Disebut https://t.co/sYQyGPGvNT
— BolaSport.com (@bolasportdotcom) August 8, 2020
Difahamkan, gambar Indra Sjafri yang tular tersebut ialah sebahagian daripada lawatan sambil belajar ke Akademi Juventus pada tahun 2018. Ketika itu, Indra turut mengiringi pasukan sekolah menengah tempatan jalani latihan di sana.
Indra Sjafri kini merupakan pengarah teknikal Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) dan bertindak sebagai pembantu kepada jurulatih skuad Garuda, Shin Tae-yong.
Sarri yang menggantikan Massimiliano Allegri musim lalu, pernah membawa Chelsea menjulang trofi Liga Europa.
Baca juga artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
‘King Kazu’ Pecah Rekod Lagi, Muncul Pemain Paling Tua Dalam Piala Liga Jepun
Chanathip Cipta Sejarah Di J. League, Jadi Pemain Thailand Pertama Dilantik Ketua Pasukan
Pemain Naturalisasi UAE Dijangkiti Wabak COVID-19, Tidak Ikut Pasukan Jalani Latihan Di Serbia