Bekas penyerang pasukan kebangsaan Jepun, Kazuyoshi Miura, kini cipta rekod baharu sebagai pemain paling tua membuat penampilan dalam saingan Piala Liga Jepun, YBC Levain Cup kelmarin pada usia 53 tahun, 5 bulan dan 10 hari.

Beraksi dengan kelab Yokohama FC, beliau berada dalam kesebelasan utama dalam perlawanan pusingan kedua menentang kelab J. League, Sagan Tosu di Stadium Real Estate Ekimae.

Beliau turut memecahkan rekod yang dipegang oleh Yukio Tsuchiya yang beraksi bersama Ventforet Kofu pada tahun 2017. Tsuchiya ketika itu berusia 42 tahun 10 bulan.

Sebelum ini, Miura cipta rekod sebagai pemain paling tua menjaringkan gol dalam saingan bola sepak kompetitif didunia. Guiness Book of Record telah mengiktiraf pencapaian pemain itu yang lebih terkenal dengan gelaran ‘King Kazu’ dalam satu majlis yang berlangsung di Tokyo.

Rekod sebagai pemain paling tua menjaringkan gol itu telah direkodkan ketika Kazu berusia 50 tahun 14 hari, dalam perlawanan diantara Yokohama FC bertemu Thespakusatsu Gunma – perlawanan ke 3 J2 League 2017 pada 12 Mac 2017.

Pemain yang berasal dari Shizuoka ini memulakan karier profesionalnya di Brazil bersama kelab Santos FC pada tahun 1986 dan tahun 2018 adalah musim ke 33 beliau sebagai pemain bola sepak profesional.

8028_ext_07_1

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Kazu berhenti sekolah ketika tingkatan 4, dimana beliau hanya sempat menghabiskan masa selama 8 bulan di Sekolah Tinggi Shizuoka Gakuen pada tahun 1982, demi untuk berhijrah ke Brazil untuk beraksi dengan sebuah kelab CA Juventus.

Bekas pemain kelab Italy, Genoa dan juga Dynamo Zagreb ini juga berada dikedudukan ke 6 senarai penjaring terbanyak J.League sepanjang zaman dengan 139 jaringan dari 321 penampilan – 0.433 ratio jaringan.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Pemain Naturalisasi UAE Dijangkiti Wabak COVID-19, Tidak Ikut Pasukan Jalani Latihan Di Serbia

Doan Van Hau: Vietnam Mampu Cipta Kejutan Di Kelayakan Piala Dunia

Jun Nishikawa Bakal Disambar Lille OSC Pada Harga RM12.5 Juta, Tahun Pertama Dipinjamkan Ke Liga Belgium