Kem latihan pusat Skuad kebangsaan Emriyiah Arab Bersatu (UAE) telah pun bermula minggu lalu sebagai persiapan menghadapi Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan Oktober ini.

Pengendali baharu, Jorge Luis Pinto telah memanggil 28 pemain ke kem latihan di Serbia sehingga 25 Ogos 2020. Mereka turut diperkuatkan oleh 2 pemain naturalisasi iaitu Fabio de Lima dan Sebastian Tigaliabue.

Bagaimanapun, seorang lagi pemain naturalisasi dari Brazil iaitu Caio Canedo tidak dapat menyertai pasukan apabila disahkan positif wabak COVID-19 dan perlu dikuarantin selama 3 minggu. 

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh penyerang Al Ain itu melalui laman instagramnya sambil menjelaskan tahap kesihatannya kini semakin baik dan tidak sabar turun beraksi.

EebQ3mAWoAALQQH

“Hello teman-teman! Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak diatas semua ucapan dan cinta yang saya terima di media sosial selama ini. Saya sudah dikuarantin selama 17 hari dengan COVID-19.

“Saya ingin menjelaskan kepada semua peminat dan kawan-kawan bahawa saya kini semakin baik, rasa sihat dan sudah bersedia untuk kembali secepat mungkin,” katanya melalui paparan instagram story tersebut.

Caio Canedo diberikan passport UAE pada bulan lalu selepas memenuhi salah satu peraturan naturalisasi oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) iaitu pemain tersebut telah tinggal selama 5 tahun berturut-turut dalam kawasan dibawah gabungan persatuan bola sepak negara.

Beliau sudah beraksi di liga UAE sejak 2015. Setelah beraksi selama empat musim bersama Al Wasl dan menjaringkan 37 gol, Canedo berhijrah dengan menyertai Al Ain pada 2019 lalu.

sp15-Caio
Aksi Caio Canedo dalam saingan AFC Champions League. FOTO: / AFP / STRINGER

Selain latihan pusat, UAE juga telah mengatur perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Tajikistan pada bulan depan.

Mereka tekad memperbaiki kedudukan dalam kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022 selepas pasukan itu hanya mampu mengutip 6 mata daripada 4 perlawanan yang diharungi.

Malaysia yang berada di kedudukan kedua bakal bertemu UAE pada 8 Oktober dan juga berpeluang cerah menempak tiket automatik ke Piala Asia 2023 jika berjaya mengutip 3 mata ke atas skuad kendalian Luis Pinto itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Kelab Singapura Ini Gunakan Laman “Job Seekers” Atas Talian Bagi Mencari Pemain

Sesi Latihan Indonesia Ditunda Dua Kali Kerana Tunggu Keputusan ‘Swab Test’ Yang Terlalu Lama

Tonton Video ‘Masterplan’ Hebat Pusat Latihan Bola Sepak Korea Selatan Yang Akan Dibina