Raphael Varane ternyata ada formula untuk membantu Manchester United menjuarai UCL musim ini.
Baca Juga:
- EPL 2023/24: Varane, Onana Wira Manchester United Benam Wolves
- Bayern Munich Tak Berminat Dapatkan David De Gea
- EPL 2023/24: Manchester United Kalah Lagi
Varane adalah pemain yang memenangi 5 kejuaraan UCL sebelum ini menyatakan bahawa Man United sebenarnya ada kualiti yang cukup untuk menjulang piala berprestij itu.
Varane bercakap kepada media menjelang aksi kedua peringkat kumpulan menentang Galatasaray yang akan berlangsung di Old Trafford.
Berdasarkan permulaan mereka di dalam EPL dan UCL, kelab Red Devils itu dilihat sangat sukar untuk memenangi UCL pada musim ini.
Sebelum ini Man United kalah 4-3 di tangan Bayern pada aksi pembukaan. Namun Varane kekal optimis skuad Erik Ten Hag mampu menjulang UCL ke-4 untuk Man United.
Sejak 2011, Man United tidak pernah mara melepasi suku akhir UCL.
Varane akui Man United bermula dengan kurang konsisten awal musim ini namun dia tetap yakin United mampu menjulang UCL
Varane berkata: “Saya fikir begitu [permulaan agak buruk], ya. Ia bukan permulaan musim yang kami jangkakan tetapi saya masih percaya kami mempunyai kualiti yang cukup untuk bersaing dengan pasukan terbaik di dunia.”
“Saya fikir kami mempunyai kualiti dalam skuad untuk bermain dan memenangi pertandingan itu.”
“Ya saya fikir kami boleh memenanginya.”
Raphael Varane believes Manchester United can win the Champions League 🙃 pic.twitter.com/EfDuTlYZ0n
— GOAL (@goal) October 2, 2023
Berdasarkan skuad yang ada beberapa pemain pernah memenangi UCL. Selain Varane, pemain seperti Casemiro dan Mason Mount pernah menjulang UCL dengan kelab lama mereka.
Varane tidak terlalu bimbang prestasi di peringkat domestik akan mengganggu prestasi di UCL. Misalnya, ketika Mount dan Chelsea menjuarai UCL, skuad Tuchel pada masa itu berada di tangga kesembilan dalam EPL.
Christian Eriksen pernah merasai kebangkitan luar biasa menentang skuad emas Ajax yang pada masa itu dibimbing Erik Ten Hag yang turut dibarisi Andre Onana dan Van Der Beek.
Keadaan di United pada masa ini kurang baik. Dengan krisis kecederaan yang melanda. Terbaru bek tengah terbaik mereka musim lalu, Lisandro Martinez perlu berehat panjang sekitar 3 bulan kerana menjalani pembedahan kedua.
Varane menyatakan bahawa formula kepada kejayaan untuk menjuarai UCL adalah dengan menjaringkan lebih banyak gol.
Varane berhujah prestasi United di UCL adalah lebih tajam berbanding di EPL. Mereka mencetak 3 gol dalam aksi berdepan Bayern menerusi hanya 4 percubaan tepat.
Itulah kunci utama kejayaan United untuk bergelar juara UCL musim ini memandangkan pertahanan mereka kerap bolos dalam banyak perlawanan. Setakat ini United sudah bolos 15 kali dalam semua pertandingan.
Varane menambah: “Saya fikir pertandingan ini adalah mengenai butiran, dan anda perlu cekap untuk memenangi pertandingan itu,” tambahnya.
Raphael Varane reveals formula for Manchester United to claim Champions League glory https://t.co/mLmKLQJymF
— Indy Football (@IndyFootball) October 3, 2023
“Dalam minggu-minggu lepas, saya fikir apa yang boleh kami perbaiki adalah untuk menjadi lebih cekap di hadapan gol, dengan jumlah peluang yang sangat terhad kami perlu menjaringkan gol.”
“Kami perlu mencipta lebih banyak lagi peluang untuk menjaringkan gol, jadi itulah realiti peringkat tertinggi. Anda perlu cekap untuk memenangi trofi besar.”
Dan United sebenarnya agak tidak cekap atau efisien dalam Liga Perdana Inggeris. Di mana mereka hanya mencetak tujuh gol daripada 109 percubaan musim ini.