Pengurus Ajax, Erik Ten Hag telah dikaitkan dengan tugasan pengurus tetap di Manchester United dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Dan ramai yang percaya dia adalah calon terbaik untuk menggantikan Ralf Rangick, malah dikatakan sedang mendahului Mauricio Pochettino.

Pengurus berusia 52 tahun itu dianggap sebagai salah seorang jurulatih paling bijak dalam taktikal bola sepak, tetapi dia masih belum menjadi jurulatih dalam mana-mana lima liga terbaik Eropah ketika ini.

Bekas pengurus Man United, Louis Van Gaal, yang menguruskan United antara 2014 dan 2016, berpendapat ia adalah langkah yang salah untuk Ten Hag lakukan. Dia menggesa agar Ten Hag menolak tawarand daripada Manchester United.

Ini kerana menurut Van Gaal, Ten Hag tidak seharusnya menyertai sebuah kelab perniagaan berbanding dengan kelab bola sepak.

Dia menjelaskan kepada TheEuropeanLad: “Erik Ten Hag harus menyertai kelab bola sepak, bukan kelab komersial. Manchester United ialah kelab komersial. Bukan kelab bola sepak.”

Pengurus Belanda semasa mengambil alih daripada David Moyes pada 2014 dan cuba mengubah gaya permainan dan falsafah United.

Dia membawa beberapa nama besar ke Old Trafford termasuk Angel Di Maria dan Falcao.

Namun ianya tidak seperti yang dirancang dan dia dipecat pada penghujung musim keduanya selepas berada di luar kelompok empat terbaik.

Van Gaal berjaya memenangi Piala FA dalam perlawanan terakhirnya sebagai bos United.

Fabrizio Romano telah melaporkan dua kelab lain berminat dengan Ten Hag bermakna ia bukannya calon yang mudah untuk United dapat.

Ten Hag menyertai Ajax pada 2017 dan membantu mereka meraih kejayaan Eredivisie pada 2019, yang merupakan gelaran liga pertama mereka dalam tempoh lima tahun kemarau kejuaraan Liga Belanda.

Pada tahun yang sama, dia membimbing Ajax ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, di mana mereka tewas secara dramatik kepada Tottenham Hotspur.

Dalam perjalanan mereka ke separuh akhir itu, mereka menundukkan pasukan mega bintang Juventus dan juara bertahan Real Madrid.

Ia dianggap salah satu pasukan paling mempersonakan di Eropah dalam sejarah UCL.

United telah mempercepatkan pencarian mereka untuk pengurus baharu dalam rehat antarabangsa.

The Red Devils memecat Ole Gunnar Solskjaer pada November dan melantik Rangnick sebagai interim pada bulan berikutnya.

Walaupun prestasi bertambah baik, namun kini United kian sukar menempatkan diri dalam 4 teratas.

Rangnick sendiri merupakan antara calon pengurus. Tetapi penyingkiran Man United daripada Liga Juara Juara Eropah dikatakan telah membuatkan Rangnick bukan lagi calon.

United tersingkir dari Liga Juara-Juara dan Piala FA dan harapan empat teratas mereka bergantung kepada pasukan lain.

Musim ini bermula dengan sangat baik, di mana United berjaya mendapatkan semula Cristiano Ronaldo selepas mereka menandatangani Jadon Sancho dan Varane.

Namun siapa sangka selepas itu ianya menjadi musim yang penuh dengan pergolakan. United melengkapkan 5 musim tanpa trofi.