Usahawan Qatar, Zaid Al Hamdan mengucapkan tahniah kepada rakannya, Sheikh Jassim kerana berjaya memiliki Man United daripada pemilikan Glazer.
Tweet itu mendapat perhatian ramai pihak. Adakah ianya petanda bahawa Manchester United benar benar akan berpindah milik kepada konsortium dari Qatar?
Isu pemilikan baharu di Man United menjadi isu panas sepanjang jendela perpindahan kali ini.
Glazer pernah menyenaraikan Man United dalam senarai untuk dijual sepenuhnya mahupun mencari rakan pelaburan baharu.
Dan kemudian persaingan mendapatkan Manchester United tinggal antara Sheikh Jassim menerusi Yayasan 92 dari Qatar dan orang terkaya Britain, Sir Jim Ratcliffe.
Sheikh Jassim mengemukakan 3 tawaran rasmi sebelum ini. Kesemuanya di atas rekod dunia untuk pemilikan kelab bola sepak.
Dan terakhir dilaporkan mencecah £5 billion. Namun Glazer berkeras meminta £6 billion. Angka yang dirasakan terlalu mahal oleh pihak Qatar.
Sheikh Jassim turut mahukan pemilikan penuh di Man United tanpa ada campur tangan Glazer lagi.
Berbeza dengan Sir Jim Ratcliffe yang menawarkan harga yang sedikit lebih rendah namun setuju mengekalkan pegangan saham minoriti oleh keluarga Glazer dalam Man United.
Minggu lalu, Sheikh Jassim sekali lagi memujuk Glazer menjual kelab Man United kepada mereka.
Mereka turut mendapatkan bantuan Nasser Al Khelaifi sebagai penasihat.
Kini situasi di Man United masih tidak diketahui.
Tetapi tweet daripada Zaid Al Hamdan ini benar benar mengundang tanda tanya, adakah Manchester United kini benar benar sudah menjadi milik Sheikh Jassim?
Congratulations to Shaikh Jassim Bin Hamad Bin Jassim on his acquisition of @ManUtd
نبارك للشيخ جاسم بن حمد على نجاح صفقة نادي مانشستر يونايتد#qatar #ManUnited #ManchesterUnited #QatarInAtManchesterUnited #SheikhJassimInAtManUtd pic.twitter.com/xQbA9hSect
— Zaid Al-Hamdan (@zaidmalhamdan) June 12, 2023