Portugal berjaya menewaskan Sweden dengan jaringan 2-0 dalam aksi UEFA Nations League A Group 3.
Cristiano Ronaldo tampil bergaya dengan menjaringkan kedua dua gol dalam perlawanan ini.
Dan kedua dua gol yang beliau jaringkan sangat cantik dalam aksi yang berlangsung di Friends Arena.
Sweden melakukan beberapa siri ancaman di kotak penalti Portugal pada minit awal separuh masa pertama.
Marcus Berg menyambut hantaran rakannya dan hampir menewaskan penjaga gol Portugal.
Portugal kemudian mulai menguasai perlawanan selepas minit ke-20.
Peluang keemasan pertama Portugal muncul pada minit ke-25. Namun rembatan jarak dekat oleh Ronaldo diselamatkan oleh Robin Olsen dengan hadangan menggunakan kakinya.
Sweden kemudian mendapat peluang gol pada minit ke-36. Malangnya percubaan oleh Kristoffer Olsson dari luar kotak penalti berjaya ditepis oleh Lopes.
Sweden kemudiannya terpaksa bermain 10 pemain. Ini selepas Gustav Svensson dilayangkan kad kuning kedua setelah mengasari Joao Moutinho.
Cristiano onaldo tampil sebagai pelaksana sepakan percuma seperti biasa.
Bola sepakannya dengan teknik knuckle ball menjunam cantik ke sebelah kanan gawang Olsen.
Gol sebelum rehat itu adalah gol ke-100 Ronaldo dalam karier antarabangsa. Menjadikan beliau pemain Eropah pertama melakukan 100 gol di arena internasional.
π΅πΉ Ronaldo = 100 goals for Portugal! π₯
Congratulations, @Cristiano! πππ#NationsLeague pic.twitter.com/P5cvqswkNY
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) September 8, 2020
Beraksi dengan kelebihan seorang pemain pada separuh masa kedua membuatkan Portugal mendominasi perlawanan dengan lebih kukuh.
Moutinho dan Fernandes masing masing cuba menjaringkan gol pada awal babak kedua. Bruno Fernandes tampil dengan ancaman sekali lagi pada minit ke-60. Namun Olsen sekali lagi melakukan penyelamatan cantik.
Ketika masuk minit ke-72, Cristiano Ronaldo melakukan satu lagi gol cantik. Gol dari luar kotak penalti yang tidak dapat diselamatkan oleh Olsen.
#CR101 π€·π»ββοΈ
The second goal vs Sweeden.
CRISTIANO RONALDO!!! π΅πΉπ₯
— Cristiano Ronaldo News (@CRonaldoNews) September 8, 2020
Ronaldo kini sudah memiliki 101 gol kebangsaan dalam catatan rekodnya.
Cristiano Ronaldo has now scored 101 international goals – as many as the all-time leading scorers of France (51, Thierry Henry) and Netherlands (Robin Van Persie 50) combined.
Scary. pic.twitter.com/nyEEpZyM5t
— Squawka (@Squawka) September 8, 2020
Dan Beliau selayaknya menjadi pemain terbaik perlawanan pada kali ini selepas terpaksa duduk di tempat duduk penyokong pada perlawanan sebelum ini kerana terkena jangkitan pada kakinya.
Cristiano Ronaldoβs game by numbers vs. Sweden:
100% long passes completed (2/2)
93% pass accuracy
7 shots (5 on target)
2 successful take-ons
2 goalsOut of this world. π΅πΉπ pic.twitter.com/aZOL2hcEXg
— Statman Dave (@StatmanDave) September 8, 2020
Ketinggalan dua gol, dengan kurang seorang pemain, Sweden jelas sekali tidak mampu berbuat apa apa.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan juara bertahan Portugal. Sekaligus membolehkan Portugal berada di tangga teratas UNL Liga A Kumpulan 3.
https://youtu.be/JdMuYUEpPQ4
Baca juga perkembangan lain
TERKINI: Roma Sahkan Zaniolo Alami ACL Kedua Dalam Tahun Ini
Tebas Akui Bimbang Messi Pergi, Namun Tolak Dakwaan La Liga Akan Hilang Serinya Tanpa La Pulga