Berita kurang enak untuk peminat AS Roma dan pasukan kebangsaan Itali.
Ini kerana bintang masa depan merek a Nicolo Zaniolo disahkan mengalami ACL sekali lagi ketika aksi bersama skuad Itali menentang Belanda.
Zaniolo sempat beraksi 42 minit sebelum terpaksa diusung keluar padang dan digantikan oleh Moise Kean.
Terdapat kebimbangan bahawa Zaniolo sekali lagi akan mengalami kecederaan ligamen lutut dalaman (ACL). Setelah menjalani pemeriksaan di Villa Stuart, ternyata ketakutan dan kebimbangan itu menjadi nyata.
AS Roma dalam kenyataan mereka berkata:
“Hasil imbasan MRI mengesahkan pemain tersebut [Ziniolo] memiliki kekoyakan di ligamen anterior pada lutut sebelah kiri.”
Nicolò Zaniolo will undergo surgery on Wednesday after MRI scans today confirmed the player has suffered a complete tear to the anterior cruciate ligament of his left knee. The 21-year-old suffered the injury while playing for Italy against Holland on Monday evening. pic.twitter.com/lE41qaMQDs
— AS Roma English (@ASRomaEN) September 8, 2020
Ini bermakna Zaniolo mengalami ACL dua kali dalam masa setahun. Kecederaan ACL pertama beliau sebelum ini berlaku pada Januari ketika beliau bermain untuk Roma berdepan Juventus.
Ketika itu, ACL beliau berlaku pada lutut sebelah kanan.
OFFICIAL: Roma have confirmed that Nicolò Zaniolo has completely torn the ACL in his left knee.
In January 2020, he tore the ACL in his right knee. pic.twitter.com/DOD6M4qGta
— Squawka Live (@Squawka_Live) September 8, 2020
Kecederaan ini pastinya dikhuatiri akan mempengaruhi masa depan pemain yang berbakat besar itu.
Beliau sudah beberapa kali masuk ke bilik pembedahan sebelum ini. Dan kini terpaksa masuk sekali lagi.
Semoga cepat sembuh dan bangkit Zaniolo.
Baca juga perkembangan lain
Tebas Akui Bimbang Messi Pergi, Namun Tolak Dakwaan La Liga Akan Hilang Serinya Tanpa La Pulga
Bagaimana Sofia Balbi Menyebabkan Juventus Sudi Membayar Suarez RM49.2 Juta Semusim