Laporan tentang masa depan Luis Suarez ke Liga Itali semakin hangat diperkatakan. Bintang Uruguay itu dikaitkan dengan Juventus sejak beliau diumum tiada dalam perancangan Ronald Koeman.
Barcelona akan terus berkomunikasi mengenai perincian perjanjian yang sedang dalam proses rundingan.
Football Italia menyatakan salah satu sebab Juventus benar benar mahukan Suarez pemain itu ada kelayakan untuk mendapat pasport Itali.
Ini bermaksud bahawa ada beberapa kelebihan untuk Juventus sekiranya Suarez berjaya memiliki pasport Itali.
Kuota pemain bukan Eropah pasti sudah dikira selamat, jadi Juventus masih boleh membawa pemain dari luar benua Eropah.
Bagaimana Suarez boleh mendapat pasport Itali?
Luis Suarez sebenarnya boleh mendapat pasport Itali kerana isterinya, Sofia Balbi, adalah pemilik kewarganegaraan Itali.
Oleh sebab itu, Marca melaporkan Suarez mengambil ujian khas untuk memohon pasport Itali di kedutaan Itali di Barcelona.
Juventus sebelum ini sudah mendapatkan Arthur dan Weston McKennie ke dalam pasukan mereka sebagai pemain bukan EU. Jadi satu daripada 3 kuota bukan pemain EU masih tersedia untuk Juventus.
Kontrak semasa Luis Suarez masih ada lagi di Barcelona. Namun kedua dua pihak sebelum ini sudah mencapai pesetujuan bersama untuk menamatkan kontrak itu bagi memberikan ruang kepada Suarez pergi secara percuma.
Juventus adalah pasukan yang sangat berminat dengan Suarez. Dan Old Lady dilaporkan sedia membayar Suarez €10 juta (RM49.2) semusim.
BREAKING: Barcelona and Juventus are currently agreeing a fee for the sale of Luis Suarez, we can confirm.
Juventus have already reached an agreement with Suarez for a three-year contract worth €10m per season. 🔜 pic.twitter.com/AA0OoYpEGt
— GOAL (@goal) September 6, 2020
Luis Suarez adalah nama yang sudah diberitahu oleh Ronald Koeman bahawa beliau tiada dalam perancangan pasukan dan diminta mencari kelab baharu.
Suarez dan Vidal turut tidak berada dalam latihan pasukan, sebaliknya berlatih secara berasingan.
Baca perkembangan lain dari Eropah
Sanchez Mahu ‘Koyak’ Kontrak Selepas Hari Pertama Di United Dan Nak Balik Ke Arsenal