Dalam satu temubual yang dibuat oleh KoolFM semalam berkenaan bola sepak tempatan, telah mendedahkan satu cerita dimana UltraSel merupakan salah satu penaja kepada pasukan Selangor FA musim ini.
Segmen Spektator itu telah menjemput wakil dari UltraSel, Alfadli Awaludin atau lebih dikenali sebagai Rambo bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai perkara ini serta beberapa topik lain.
28 Zulkaedah 1441H…Selamat hari minggu, Untuk tahun 2020, ultraSel telah menjadi salah satu ‘penaja kecil’ bagi pasukan Selangor FA menerusi program "Local Giant". Tajaan bernilai RM10,000 ini diperoleh dari hasil penjualan "merchandise" rasmi seperti baju, sticker, mafla etc. pic.twitter.com/GVEjXqI6yC
— U.K.O.M. (@UKOM12_) July 19, 2020
Nilai pakej tajaan itu mungkin sedikit, tetapi ini adalah sebagai permulaan dan tanggungjawab terhadap pasukan ini untuk musim seterusnya.
Dana tersebut juga diberitahu datang dari hasil penjualan merchandise rasmi mereka dan jika dilihat dalam gambaran yang lebih besar, ini merupakan satu usaha kolektif dari penyokong kepada pasukan Selangor FA itu sendiri.
Support your local football, sing it rock and roll & sedekad melanggar tradisi. #MentalitiJuara #SedekadMelanggarTradisi #SedekadMembudayakanSokongan pic.twitter.com/YjgpAzacGA
— UKOM (@UKOM12_) July 19, 2020
Mengikut wakil UltraSel itu, selepas bersetuju untuk mengambil pakej penajaan Titan mereka memutuskan untuk tidak mengambil semua ‘benefits‘ sebagai penaja pasukan tetapi mereka mahu pihak persatuan untuk mendidik para penyokong berkenaan kepentingan penyokong adalah sebahagian dari pasukan untuk mengekalkan kestabilan pasukan.
“Bila amik (pakej) Titan ni dapat lah pas bermusim, jersi, parking dan apa semua. So, kita orang pergi, kita transfer RM10,000, ini tajaan dari penyokong. Benefit semua ni kita tak nak.”
Tahniah @ultraSel_ mereka bukan sekadar menyokong di stadium sahaja mereka juga membantu kewangan pasukkan.. Tajaan 10,000 ni hasil dari penjualan mechandise rasmi.. kalau tak kita sokong bola sepak tempatan sapa lagi? #MentelitiJuara #SedekadMelanggarTradisi pic.twitter.com/RiGHm47rV9
— 🇲🇾 🇵🇸 (@muhammadhamerul) July 19, 2020
Setiap pembelian "Merchandise" dari MoguS adalah pergerakan untuk Selangor FA. Jadi, Berbanggalah kalian kerana menjadi sebahagian darinya. 😀#MentalitiJuara#SedekadMelanggarTradisi#SedekadMembudayakanSokongan https://t.co/8GZsFDqWfe
— OON (@wanaimanhafiz_) July 19, 2020
“Kita tak nak benefit parking, tiket dan pass semua ni. Yang penting kita nak you all cakap, mention dan educate penyokong-penyokong ni berkenaan pentingnya mereka kepada adalah sebahagian dari pasukan untuk memastikan pasukan kita ni kekal stabil dari segi kewangan.”
Educate penyokong dalam konteks ini sebenarnya lebih tertumpu kepada penyokong Selangor FA, tetapi perkara ini apabila berlaku mampu mempengaruhi penyokong lain untuk melakukan perkara yang sama.
Tahniah UltraSel!
Untuk mendengar sesi temubual penuh, sila layari pautan ini.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Buriram United Sediakan ‘Private Jet’ Untuk Bawa 3 Pemain Import Baru Dari Serbia Dan Croatia