Beberapa minggu lalu, kami ada berkongsikan mengenai 2 buah kelab dalam saingan J1 League yang telah berjaya meraih dana besar hasil dari projek crowdfunding kelab masing-masing.
Disebabkan mereka ini adalah kelab-kelab gergasi dengan fan base yang besar menjadikan ramai netizen melihat bilangan penyokong yang besar adalah sebagai punca mereka berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
Hari ini, sekali lagi VOCKETFC akan menceritakan bagaimana sebuah kelab yang kini beraksi dalam saingan divisyen 6 hierarki bola sepak Jepun – Fukuyama City FC, berjaya meraih RM200,000 dalam tempoh hanya 2 hari sahaja!
Apa Fukuyama City FC Buat Sebenarnya? Jom Baca!
Sebelum itu, kita tengok dahulu dimana kedudukan liga yang Fukuyama City FC ini beraksi. Nama rasmi liga divisyen 6 ini adalah Liga Bola Sepak Divisyen 1 Hiroshima seperti dalam piramid dibawah.
Seperti dalam gambar ini juga, untuk makluman di Hiroshima sahaja mempunyai 5 divisyen bola sepak yang dianjurkan secara rasmi.
Kenapa mereka memilih ‘crowd funding’?
Mengikut penerangan yang dibuat, perbelanjaan kelab Fukuyama City FC bagi musim 2020 adalah berjumlah JPY19,200,000 atau RM766,100 dimana terdiri dari perbelanjaan untuk;
- Gaji pemain: JPY6,000,000 / RM239,412
- Gaji staf: JPY6,000,000 / RM239,412
- Penyelenggaraan bas pasukan: JPY1,200,000 / RM47,882
- Perbelanjaan aktiviti pasukan: JPY4,500,000 / RM179,559
- Lain-lain perbelanjaan: JPY1,500,000 / RM59,853
Berapa revenue yang mereka berjaya jana setakat ini?
Berdasarkan maklumat yang diberikan, Fukuyama City FC ini hanya mempunyai baki simpanan tunai dalam bank berjumlah JPY3,000,000 / RM119,705 , unjuran jualan barangan kelab sekitar JPY300,000 / RM11,970 , dan pendapatan dari penajaan sekitar JPY1,500,000 / RM59,852 sahaja dan secara keseluruhannya kelab ini kekurangan dana sekitar JPY14,400,000 / RM574,581.
Kekurangan ini bakal memberikan impak kepada pemain yang mungkin kurang fokus kepada permainan serta berisiko untuk dibubarkan jika melarat.
Untuk mengatasi masalah ini secara jangka masa pendek, pihak pengurusan dilaporkan berjaya memohon pinjaman dari institusi kewangan sebanyak JPY10,000,000 tetapi kelab masih lagi kekurangan dana hampir JPY5,000,000.
“Saya mahu melindungi semua pemain, staf dan semua yang telah memberikan kepercayaan kepada saya. Apa pun yang berlaku kita akan survive, demi sasaran yang telah ditetapkan saya mahu kelab ini terus berjalan, dan memohon sokongan kepada projek crowdfunding kami.”
Itu adalah kata-kata dari presiden kelab Fukuyama City FC, Keita Okamoto.
Projek ini dilancarkan pada 9 Jun 2020 dan diumumkan secara rasmi oleh Keita Okamoto melalui laman Twitter beliau.
藤田!福山シティFC!
応援してるぞ!https://t.co/Jc5duA5Qjb
— 椎名 政志 (@417mss) June 9, 2020
Dan dalam masa 3 hari sahaja, mereka telah berjaya mencapai sasaran kutipan berjumlah JPY5,000,000 hasil sokongan pelbagai pihak yang mahu melihat kelab ini terus berjuang untuk terus mendaki puncak dalam bola sepak.
皆さん本当にありがとうございます
開始3日目で達成できるとは全く思ってませんでした
ギリギリでなんとか達成できるかどうかかなと…
想像以上に皆さんから支援頂きほんと驚いてます
500万円達成はしましたが、来期スポンサーが決まらなければ、来期存続は無いので本当にこれからがスタートです! pic.twitter.com/c7xKIKwTdb
— ひぐあつ (@1983physio) June 11, 2020
Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai, Keita Okamoto telah memutuskan untuk menaikkan sasaran kutipan seterusnya kepada JPY8,000,000 / RM319,214 dan berdasarkan pemerhatian kami sendiri, mereka akan mencapai sasaran baru itu dalam masa sehari dua lagi.
明日からついにリーグ戦が始まりますが、こうして当たり前のようにサッカーが出来る日を迎えれるのも、この度のクラウドファンディングを通じて皆さまに支えていただいたからこそです。
明日は良い結果をご報告できるよう、全力でサッカーを楽しみ、全力で闘って参ります!#福山シティFC pic.twitter.com/ZkCTwq8GF1
— 岡本 佳大|福山シティFC (@keita_okamoto_) July 11, 2020
Persoalannya sekarang adalah kenapa mereka mampu untuk mengutip sebegini banyak wang walaupun kelab ini hanyalah sebuah kelab yang beraksi dalam saingan divisyen 6 atau lebih tepat lagi liga negeri sahaja? Mereka jual apa?
Mereka sebenarnya menggunakan akal untuk mencari jalan, bukan hanya meminta derma secara membabi buta dari orang ramai. Mereka ini menggunakan apa sahaja resources aset pasukan yang boleh dijual untuk mendapatkan dana selain menggunakan sedikit teknologi platform crowdfunding.
Ini adalah contoh 2 produk dari 15 pilihan yang dibuka jualan kepada penyokong bola sepak untuk dimiliki sambil menyumbang kepada survival kelab bola sepak itu sendiri.
Mereka tidak menggunakan kaedah reka bentuk sekeping banner dan dimuat kedalam Facebook yang ditulis nombor akaun persatuan bola sepak kerana mentaliti mereka adalah bukan untuk minta sedekah, mereka mahu melatih semua pihak untuk memiliki mentaliti profesional bukan menanti dana jatuh ke riba.
Dari 4 pasukan setakat ini yang menggunakan keadah ini, mereka SEMUANYA telah menerima sambutan yang sangat padu sehingga melebihi sasaran kutipan yang disasarkan diawal pelancaran.
Apakah pihak pengurusan pasukan bermasalah di Malaysia ini sudah habis idea atau tidak mahu memerah otak mencari idea sebenarnya? Atau mereka sekadar berada diposisi tertentu berdasarkan merit yang lain demi mengejar sesuatu yang bukan dalam bola sepak?
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Ini 2 Sebab Mengapa Malaysia Adalah Lawan Yang Paling ‘Sakit Kepala’ Untuk Park Hang-seo