Segalanya serba tidak menjadi buat pasukan Selangor hari ini apabila mudah dibelasah 1-5 ketika aksi Liga Super 2022 menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim.
Minggu lalu, skuad Gergasi Merah menjadi bualan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas mencatat kemenangan besar 7-0 ke atas Sarawak United. Namun, momentum itu gagal diteruskan dalam aksi menentang JDT dan gawang gol mereka dibolosi seawal 3 minit perlawanan.
Jaringan tersebut berpunca daripada rembatan Bergson Da Silva dari luar kotak penalti yang mudah menewaskan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan. Ini adalah jaringan ke 10 beliau dalam saingan Liga Super musim ini.
3’ GOL | Bergson meletakkan JDT di depan dengan gol ke-10 peribadinya musim ini! @OfficialJohor 1-0 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/kvv7AlL6q5
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 24, 2022
20 minit kemudian, Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi bergema dengan sorakan penyokong tuan rumah apabila Fernando Forestieri menambah gol kedua menerusi sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti.
Para peminat bola sepak tempatan menyifatkan ini adalah jaringan berkelas dunia oleh pemain import berkualiti yang mempunyai pengalaman beraksi di Liga Eropah.
24' GOL | Sepakan percuma Fernando Forestieri menewaskan Khairulazhan Khalid untuk gol kedua JDT!@OfficialJohor 2-0 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/05hMq4dsc8
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 24, 2022
Tidak banyak percubaan berbahaya dilakukan oleh pasukan Selangor dan jentera tengah mereka langsung tidak berfungsi untuk memberikan tekanan kepada benteng pertahanan JDT.
JDT sekali lagi menambah derita Selangor dan kali ini menerusi rembatan cantik Leandro Velazquez dari luar kotak penalti pada minit ke 35. Khairul Azhan yang turut berada dalam kem skuad kebangsaan ketika Kelayakan Piala Asia 2023 tidak mampu menyelamatkan percubaan tersebut.
Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
35' GOL | Top corner! Gol ketiga JDT hadir menerusi rembatan Leandro Velazquez dari luar kotak penalti.@OfficialJohor 3-0 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/vUsHEz6T78
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 24, 2022
Memasuki separuh masa kedua, JDT terus bermula dengan garang dan mereka tidak menunggu lama untuk menambah gol keempat pada minit ke 54 oleh Bergson.
Malah, tindakan Khairul Azhan menepis bola ke gawang sendiri menjadi persoalan dalam kalangan warga maya sekaligus mengundang pelbagai kritikan terhadap penjaga gol skuad kebangsaan itu.
54' GOL | Bergson menjaringkan gol keempat JDT dengan rembatan dari sudut sukar! @OfficialJohor 4-0 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/C268jv0ArH
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 24, 2022
Biarpun JDT sedang mendahului 4-0, skuad Gergasi Merah sempat menghukum kelekaan benteng pertahanan tuan rumah apabila Nor Hakim Hassan memanfaatkan peluang terhidang untuk merembat masuk jaringan pertama pada minit ke 82.
82' GOL | Nor Hakim Hassan merapatkan kedudukan untuk Selangor FC!@OfficialJohor 4-1 @selangorfc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/8bIDZDmurF
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 24, 2022
Jaringan tersebut bagaimanapun tidak mematahkan semangat JDT untuk terus mencari gol kelima. Percaturan Benjamin Mora memasukkan Mohamadou Sumareh membuahkan hasil apabila pemain naturalisasi tersebut berjaya menanduk masuk gol kelima di masa kecederaan.
Keputusan 5-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan JDT kini kembali ke takhta Liga Super dengan 19 mata dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 7 perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Balachandran Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Sarawak United
Pemain Tengah Thailand, Sanrawat Dechmitr Sah Sertai Kedah Darul Aman
Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan