Malaysian Football League hari ini melancarkan penglibatan peminat secara interaktif dan perkongsian permainan secara percuma dengan Genius Sports.

• Genius Sports untuk menyediakan rangkaian penyelesaian dalam talian percuma untuk bermain yang inovatif untuk Liga Bola Sepak Malaysia, daripada bola sepak fantasi kepada penyelesaian ramalan langsung
• Perjanjian baharu dibina berdasarkan data rasmi dan perkongsian integriti yang ditandatangani pada 2021

Genius Sports Limited (“Genius Sports”) selaku data rasmi, teknologi dan rakan komersial yang memperkasakan ekosistem menghubungkan sukan dan media, telah menjalin kerjasama baru membabitkan penglibatan bersama peminat dan free-to-play dengan Malaysian Football League (“MFL”) .

Sebagai badan pengelola sukan bola sepak tempatan termasuk Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia, MFL telah memilih Genius Sports untuk menyediakan rangkaian hiburan sukan yang sangat mengujakan untuk peminat bola sepak Malaysia.

Genius Sports akan memperkasakan bola sepak fantasi rasmi pertama MFL yang menawarkan “Liga M Fantasy” (ligamfantasy.com), di mana ia menyediakan permainan bola sepak fantasi klasik untuk peminat mengumpulkan barisan 11 pemain tanpa had yang dipilih daripada setiap pasukan, dalam bajet tertentu. Versi pelancaran ini bertujuan untuk membolehkan seramai mungkin peminat menyertai dan mendekatkan lagi diri dengan Liga M Fantasy 2022, dengan kemas kini dan ciri-ciri yang akan ditambah pada musim akan datang.

Dua permainan fantasi dinamik baharu juga akan dilancarkan tidak lama lagi, termasuk Game Day Fantasy yang akan membolehkan peminat memilih tujuh pemain tanpa sebarang sekatan bajet belanjawan, memberikan mereka fleksibiliti untuk menguji pengetahuan pemain berprestasi terbaik liga setiap minggu.

Alat “Live Prediction” yang interaktif akan meningkatkan lagi pengalaman peminat secara langsung, memberikan peminat bola sepak Malaysia untuk meramalkan pelbagai keputusan semasa perlawanan itu sendiri, termasuk keputusan akhir, pemenang perlawanan dan jumlah jaringan, maka memastikan mereka terlibat sepenuhnya sehingga ke wisel penamat.

Perjanjian ini akan memperluaskan data rasmi dan kerjasama integriti yang telah dipersetujui antara Genius Sports dan MFL pada 2021.

Stuart Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, berkata:

“Dengan perkembangan pesat dalam perniagaan mereka khususnya dalam bidang membabitkan hubungan antara peminat, kami sangat teruja untuk mengembangkan kerjasama ini dengan Genius Sports.

“MFL teruja untuk akhirnya menyediakan pelancaran Liga M Fantasy kami sendiri yang menarik, interaktif dan turut menguji pengetahuan luar biasa peminat kami tentang perlawanan-perlawanan ini. Dengan melaksanakan permainan fantasi dan ramalan baharu rasmi dengan Genius, kami akan mengambil langkah penting ke arah mencapai matlamat teras ini dan terus menawarkan ciri-ciri yang dipertingkatkan dari tahun ke tahun.”

Mohamed Feizel, Ketua Sportstech – APAC, di Genius Sports, berkata:

“Merentasi data rasmi “play-by-play” dan permainan free-to-play, Genius Sports akan membantu memperkasakan keseluruhan ekosistem digital MFL. Kami sangat berbangga untuk mengembangkan lagi kerjasama kami dengan salah satu liga sukan paling inovatif di APAC dan berharap untuk meningkatkan lagi pengalaman yang mereka berikan kepada peminat pada tahun-tahun akan datang.”