Selepas bermulanya kem latihan skuad kebangsaan Malaysia B19, beberapa gambar ketika sesi latihan itu mula mendapat perhatian dari luar negara terutamanya negara jiran Indonesia.

Apa yang menariknya adalah mereka seperti terkejut melihat susuk fizikal anak buah Brad Maloney yang ‘gede gede’ yang bermaksud besar dan menyebabkan mereka mula mempersoalkan perkembangan fizikal pemain dari pasukan Indonesia.

“Liat nih postur anak anak Malaysia U-19 untuk AFC U-19 nanti, tuh kan jangan baper dikomentarin soal nutrisi, nutrisi penting sama kewajiban individual atlet juga bentuk posturnya, liat Malaysia gede gede gini kta bisa pake alasan lagi postur ASEAN kecil kerempeng.”

https://twitter.com/horabpodcast/status/1283739665485291520?s=20

Berdasarkan dari komen balas yang ditulis, jelas rata-rata mereka meluahkan perasaan ‘kecewa’ kerana pemain-pemain Indonesia kurang memberikan fokus kepada perkembangan atau penjagaan fizikal.

Mungkin ada benarnya juga apa yang mereka nampak itu terutamanya seperti fizikal yang dimiliki oleh Zac Raif yang cukup padu sebagai seorang pemain bola sepak dan masih berumur 19 tahun ketika ini!

https://www.instagram.com/p/CCIROiSpq0Q/

Apa pun kita mengharapkan pemain skuad Malaysia B19 tahun mampu mempamerkan aksi yang cemerlang dalam kejohanan AFC B19 Oktober nanti dan seterusnya mampu melayakkan diri ke saingan Piala Dunia B20 yang akan berlangsung di Indonesia pada 2021.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Kehadiran Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Di Kem Latihan Skuad Malaysia B19 Cetus Persepsi Kurang ‘Senang’

Pemain Sayap Kiri RB Leipzig U19, Oliver Bias Dilaporkan Sudah Memohon Kerakyatan Filipina.

Kashima Antlers Buka Tempahan Pakej ‘Matchday’ Paling Mahal, Jemput Penyokong Ke Stadium Naik Helikopter