Filipina kini nampaknya sudah mulakan langkah rekrut terbaru pemain-pemain kacukan mereka di eropah bagi generasi seterusnya.
Berdasarkan maklumat yang mula menjadi perhatian di Filipina, pemain skuad RB Leipzig U19 yang dikenali sebagai Oliver Bias dilaporkan sudah menghantar permohonan untuk memiliki taraf kerakyatan Filipina.
Oliver Bias yang mempunyai warisan dari Filipina melalui ibunya, merupakan salah seorang prospek yang berpotensi tinggi dari akademi RB Leipzig dan dijangka bakal memberikan banyak kelebihan kepada skuad kebangsaan Filipina dimasa depan.
https://www.instagram.com/p/BmyTW4alUDI/
Berdasarkan rekod, Oliver Bias sudah pun melakukan debut profesional bersama RB Leipzig pada tahun 2018 apabila masuk sebagai pemain gantian dalam pusingan kelayakan UEFA Europa League bertemu BK Häcken dari Sweden.
Mengikut beberapa lagi data, Oliver Bias sudah terpilih untuk mewakili skuad kebangsaan Jerman dari kategori U15, U16 dan juga U17.
RB Leipzig winger Oliver Bias has already applied for Philippine passport pic.twitter.com/3i0Bh2YzPx
— KICK OFF PH (@kickoffph) July 16, 2020
Beberapa pemain muda lain berusia sekitar 18 tahun turut menjadi perhatian Filipina seperti Randy Schneider yang kini beraksi untuk kelab Grasshopper Club Zürich dan dijangka akan dipantau lebih dekat sebelum proses seterusnya dijalankan.
11' Toooor für die Hoppers! Schneider mit seinem ersten Tor in Blauweiss! 1:0* #gcchi pic.twitter.com/VpE3mQy3xw
— Grasshopper Club Zürich (@gc_zuerich) July 14, 2020
Nampak gaya seperti Filipina akan ‘menyalin’ skuad kebangsaan mereka dengan pemain-pemain dari generasi lebih muda untuk meneruskan legasi yang ada pada bola sepak kebangsaan negara itu.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Calon Pemain Kacukan Terbaru Vietnam Ini Sah Akan Beraksi Dalam Saingan UEFA Europa League 2020/2021
Ini Rupa Sebenar ‘Social Distancing’ Penonton Yang Hadir Di Stadium Dalam Saingan Liga Jepun.