Saingan bola sepak Jepun menjadi perbualan beberapa pihak hari ini bukan kerana aksi yang dipamerkan oleh 22 orang pemain diatas padang, tetapi kehadiran penonton di stadium dengan ‘social distancing’ ditempat duduk mencuri tumpuan.

Dari beberapa kemaskini oleh pasukan-pasukan serta pihak media, penonton yang hadir nampaknya begitu patuh dan mengikut arahan SOP yang telah dikeluarkan ketika duduk menyaksikan perlawanan bola sepak.

Ect7Wc2U4AAlge7
Foto pasukan Nagoya Grampus ketika berkunjung ke Nagai Stadium berdepan Cerezo Osaka.
EcumfBBUcAAi4Vi
Penonton ketika perlawanan Kawasaki Frontale bertemu Kashiwa Reysol.

Mengikut maklumat yang diperolehi, jumlah maksimum penonton yang dibenarkan masuk ke stadium adalah 5,000 orang sahaja dan terpulang kepada kelab untuk menentukan bagaimana mahu menentukan cara kemasukan atau pemilihan penonton.

Dari tinjauan yang dibuat, ada kelab yang membuka ‘tawaran’ ini kepada pemegang pas bermusim paling lama atau memiliki pas bermusim paling tinggi kastanya sebagai salah satu faedah atau kelebihan membayar harga tinggi setiap musim.

EcuCzL7UEAAJNew

Bagaimanapun, perkara ini sebenarnya tidak mudah untuk dijayakan kerana memerlukan kerjasama tinggi dari semua pihak untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing sejak sebelum tiba ke stadium sehingga semua kembali pulang selepas perlawanan tamat.

Satu contoh yang baik yang mungkin kita boleh ambil.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Baca Bagaimana Kelab Divisyen 6 Jepun Ini Raih ‘Crowdfunding’ Berjumlah RM200,000 Dalam Masa 3 Hari Sahaja

“Pemain Asia Sentiasa Menjadi Mangsa Prejudis Di Eropah, Punca Utama Ramai Bakat Gagal Menyerlah” – Philippe Troussier

“Hadi Fayyadh Adalah Salah Satu Aktiviti CSR Kami Di Malaysia Dalam Industri Bola Sepak”