Kelab bola sepak Jepun seperti yang kita semua ketahui memang memiliki sokongan komuniti yang amat hebat dan mereka melakukannya dengan penuh istiqamah sejak dari dahulu disemua peringkat.

Selain itu, mereka juga sebenarnya banyak menampilkan beberapa idea yang amat padu dan lain dari kebiasaan dan telah menjadikan liga itu sendiri memiliki keunikan tersendiri telah berjaya mencuri perhatian banyak pihak.

Terkini, Kashima Antlers, sebuah kelab gergasi dan merupakan kelab paling berjaya dalam bola sepak Jepun telah kembali membukan tempahan bagi pakej ‘matchday‘ paling mahal mereka yang bernilai diantara JPY250,000 hingga JPY400,000 atau kira-kira RM9,963 hingga RM15,941 satu kepala!

kashima_stadium_small-a867b6f360b5a434f660be910b7d05c5549afcf4df7e04d42755782d1d679386

VOCKETFC telah berpeluang melakukan sedikit ‘tinjauan’ kepada pakej yang disediakan ini dan kami dapati bahawa pakej ini hanya akan ON sekiranya minimum 3 orang membuat tempahan dan jumlah maksimum adalah seramai 8 orang sahaja.

Pakej dengan harga diatas adalah termasuk penerbangan 2 hala menaiki helikopter dari base yang telah ditetapkan ke Kashima Soccer Stadium, tiket tempat duduk berstatus ‘View Box’ serta pelbagai cenderamata khas kelab yang akan diberikan kepada pembeli.

seat

Ini adalah view dari tempat duduk ‘View Box’ di Kashima Soccer Stadium.

view

Berdasarkan maklumat yang ada di laman tempahan, Kashima Antlers dilihat mensasarkan peminat atau penyokong yang berada di sekitar Tokyo dan juga Yokohama. Dari kedua-dua lokasi ini, tempoh perjalanan ke stadium dengan menaiki helikopter hanya mengambil masa 30 minit sahaja.

Untuk pengetahuan semua, pakej seperti ini diuruskan oleh sebuah syarikat Airos Skyview yang merupakan sebuah syarikat pengangkutan udara peribadi dengan kerjasama Antlers Hometown DMO iaitu anak syarikat Kashima Antlers yang menguruskan pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat.

ss

Kenapa mereka boleh mempelbagaikan pakej ‘matchday’ untuk membuka lebih potensi kepada peminat serta menjana pendapatan kepada kelab?

Faktor utama adalah mereka mempunyai ‘produk’ untuk dijual dan tidak melihat kepada tiket perlawanan dan jersi sahaja sebagai produk pasukan. Mereka juga memiliki fasiliti yang bagus, berkualiti tinggi serta profesional dan ini mampu untuk ‘mencipta’ produk untuk dijual.

Mereka kebanyakannya hanya menggunakan aset pasukan untuk menjana pendapatan dan bekerjasama dengan beberapa pihak lain untuk meluaskan keupayaan sesebuah produk itu reach kepada sasaran yang ditetapkan. Nampak?

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Baca Bagaimana Kelab Divisyen 6 Jepun Ini Raih ‘Crowdfunding’ Berjumlah RM200,000 Dalam Masa 3 Hari Sahaja

Projek ‘Derma’ Urawa Reds Berjaya Kumpulkan Dana Berjumlah RM1.43 Juta Dalam Tempoh 24 Jam.

Pengurus Yangon United Berasal Dari Malaysia Kongsikan Bagaimana Kelab Itu Jana RM150,000 Sebulan Dari Aset Pasukan.