Kejutan berlaku dalam saingan peringkat play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 apabila juara edisi 2018, Kashima Antlers gagal untuk mara ke peringkat kumpulan.

Kelab Liga Jepun itu tewas mengejut kepada wakil Liga Australia, Melbourne Victory dimana bekas penyerang Negeri Sembilan, Andrew Nabbout menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus membawa Melbourne mara.

Percubaan Nabbout daripada luar kotak penalti pada minit ke-54 gagal diselamatkan oleh penjaga gol Antlers, Kwoun Sun-tae sekaligus memberikan kelebihan awal bagi Melbourne pada awal separuh masa kedua.

Kashima mempunyai peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan namun penjaga gol Melbourne, Lawrence Thomas menampilkan aksi cemerlang bagi menafikan peluang yang dimiliki oleh pasukan lawan.

Kegagalan Kashima untuk mara ke peringkat kumpulan menjadi satu tamparan hebat buat ketua jurulatih pasukan, Antonio Carlos Zago yang baru sahaja mengambil mengambil tugas daripada Go Oiwa.

Selain itu, Kashima juga tidak akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia buat kali pertama sejak musim 2016 lalu.

Baca artikel lain mengenai play-off saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 di sini:

Kedah Tidak Layak Ke Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2020

Buriram United Tumbang Kepada Shanghai SIPG, Gagal Layak Ke Peringkat Kumpulan AFC Champions League 2020