Pasukan Buriram United terus dirundung malang apabila terkeluar dari saingan AFC Champions League 2020 selepas ditumbangkan oleh gergasi bola sepak China, Shanghai SIPG sebentar tadi.
Skuad Buriram United berkunjung ke Shanghai dengan misi besar mahu layak ke peringkat kumpulan saingan kelab bola sepak paling berprestij di Asia itu, namun cabaran mereka terhenti apabila tewas 0-3.
2 dari 3 gol tersebut terhasil pada minit ke 92 dan 95 perlawanan jaringan Marko Arnautovic dan Hulk, mematikan terus semangat pemain Buriram United untuk menyamakan kedudukan diakhir-akhir perlawanan.
Dengan kegagalan ini juga menyaksikan ketiadaan Buriram United dalam saingan AFC Champions League buat kali ke-2 dalam tempoh 8 musim yang terkini. Kali pertama mereka gagal adalah pada edisi 2017 selepas SCG Muangthong United muncul sebagai juara Thai League dan Buriram United berada ditempat ke-4 pada ketika itu.
Selain itu, Buriram United juga dilihat masih terkapai-kapai mencari seorang penyerang yang mampu menggantikan tempat Diogo yang berhijrah menyertai JDT 2 musim lalu untuk mengembalikan bisa dibarisan serangan yang pernah mereka miliki.
Dengan rekod yang semakin tercalar, Buriram United dikatakan akan cuba merampas kembali salah satu slot AFC Champions League 2021, dimana Thailand akan menerima 2 slot automatik ke peringkat kumpulan mulai musim hadapan.
Baca juga artikel lain berkaitan AFC Champions League yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Kuota Pasukan Dalam Saingan AFC Champions League Ditambah Kepada 40 Pasukan Mulai Musim 2021