Buriram United yang sebelum ini ‘melepaskan’ beberapa pemain import mereka kini seperti sudah menemui pengganti apabila 3 pemain dari Balkan akan tiba di Bangkok esok menggunakan penerbangan peribadi yang disediakan oleh kelab itu.

3 pemain tersebut dimana seorang dari Croatia dan 2 dari Serbia dijadualkan akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dong Mueang serta akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan ke Buriram.

Kehadiran pemain-pemain itu juga telah mendapat kebenaran khas dari piahk berkuasa tempatan apabila jurucakap Center for COVID-19 Situation Administration (CCSA), Taweesilp Visanuyothin mengesahkan perkara itu siang tadi.

Kesemua pemain itu akan menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari di Buriram sebelum pengumuman rasmi akan dibuat oleh kelab tersebut.

Saingan liga bola sepak tempatan di Thailand dilaporkan akan bermula pada bulan September 2020 sehingga Mei 2021, namun disebabkan pergolakan diantara pemegang hak penyiaran dan juga pengurusan liga, dijangkakan akan ada beberapa perubahan dalam masa terdekat.

Buriram United memulakan musim ini dengan momentum yang perlahan dan berada dikedudukan ke 11 liga selepas 4 perlawanan dijalankan.

Ramai pemain asing bersilih ganti masuk dan keluar dari Buriram United, namun kelab itu nampaknya masih tidak berjaya mencari pengganti kepada Diogo Luis Santo sejak pemain itu menyertai Johor Darul Ta’zim.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Ini Reaksi Netizen Indonesia Yang ‘Kaget’ Melihat Susuk Fizikal Pemain Skuad Malaysia B19 Yang ‘Gede Gede’

Kehadiran Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Di Kem Latihan Skuad Malaysia B19 Cetus Persepsi Kurang ‘Senang’

Pemain Sayap Kiri RB Leipzig U19, Oliver Bias Dilaporkan Sudah Memohon Kerakyatan Filipina.

Sumber