Inter Milan terlepas peluang untuk mara ke kalah mati Liga Juara Juara Eropah dan juga gagal ke Liga Europa.

Kegagalan berganda itu berlaku dalam satu malam selepas Inter Milan terikat 0-0 dengan Shaktar Donetsk.

Inter Milan turun dengan skuad terkuat mereka untuk mencari kemenangan dan layak ke peringkat 16 terakhir.

Tetapi barisan serangan Milan yang diketuai Lukaku dan Lautaro Martinez tumpul sepanjang malam.

Di tepi padang Antonio Conte beberapa kali menunjukkan reaksi tak puas hatinya kepada pemain Donestk yang melengahkan perlawanan.

Tetapi semua itu tidak membantu langsung, kerana Inter Milan tetap gagal.

Yang harus dipersalahkan adalah diri mereka sendiri. Inter Milan mencetak 20 percubaan ke arah gol dalam perlawanan ini.  Dengan 4 percubaan tepat.

Namun tidak satu pun bertukar menjadi gol. Itu adalah kesalahan terbesar mereka dalam perlawanan penting seperti ini.

Ini adalah pertama kali Inter Milan menamatkan saingan kumpulan Liga Juara Juara Eropah di tangga tercorot.

Lebih malang, skuad yang memiliki kualiti seperti Inter terus gagal untuk mara ke pusingan kalah mati kejohanan tertinggi melibatkan kelab Eropah itu sejak musim 2011/12.

Real Madrid melangkah ke pusingan 16 terakhir selaku juara kumpulan. Manakala Borussia Mochengladbach mendapat manfaat daripada keputusan seri tanpa jaringan di San Siro.

Walaupun tewas di Estadio Di Stefano, Mochengladbach tetap mara.

Saksikan rangkuman aksi Inter vs Shakhtar di sini:

Baca juga perkembangan lain

UCL: Tandukan Benzema Hantar Real Madrid Ke Kalah Mati

UCL: Hatrik Neymar Bantu PSG Bantai Istanbul Basaksehir

Pegawai Keempat Perlawanan PSG-Basaksehir Berdepan Penggantungan 10 Perlawanan