Pegawai keempat yang terlibat dalam kontroversi penggunaan ayat berbaur rasis ketika aksi PSG dan Istanbul Basaksehir bakal dihukum gantung 10 perlawanan.
UEFA telah melantik pegawai untuk menjalankan siasatan secara ‘menyeluruh’ berkaitan dengan insiden tersebut.
Pegawai keempat yang dituduh melakukan perkauman yang menyebabkan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di antara PSG dan Istanbul Basaksehir digantung sektika semalam.
Perlawanan tersebut terpaksa ditukar kepada hari berikutnya kerana para pemain enggan beraksi dengan pegawai tersebut bertugas.
Dalam aksi yang berlangsung pada sebelah harinya, PSG menang 5-1 ke atas Istanbul Basaksehir. Di mana Neymar dan Kylian Mbappe masing masing mencetak hatrik dan double.
PSG and Istanbul Basaksehir take a knee ahead of today's match
The two teams are resuming play after walking off the field yesterday to protest alleged racial abuse by the fourth official
(via @UCLonCBSSports)pic.twitter.com/LU9lqWotvp
— Bleacher Report (@BleacherReport) December 9, 2020
Badan pentadbir bola sepak Eropah – UEFA – mengesahkan pada hari Rabu bahawa pemeriksa etika dan disiplin telah dilantik untuk menjalankan siasatan terhadap insiden yang melibatkan Constantin Coltescu.
Di mana kata katanya telah menyebabkan pemain-pemain Istanbul Basaksehir dan Paris St-Germain meninggalkan padang pada malam Selasa.
PSG vs. Istanbul Basaksehir has been suspended as both teams walked off the field to protest alleged racial abuse by the fourth official toward Istanbul assistant manager Pierre Webo.
(via @UCLonCBSSports) pic.twitter.com/tVd4lqGnMI
— Bleacher Report (@BleacherReport) December 8, 2020
Di bawah Artikel 14 peraturan disiplin UEFA, yang terpakai kepada pegawai pertandingan dan juga pemain, menyatakan:
Setiap individu yang ‘menghina martabat manusia lain … dengan alasan apa pun, termasuk warna kulit, bangsa, agama, asal etnik, jantina atau orientasi seksual’, Akan dikenakan larangan sekurang-kurangnya 10 perlawanan.
Kejadian itu dikatakan berlaku setelah Coltescu mengadu kepada pengadil utama tentang penolong pengurus Istanbul Basaksehir iaitu Pierre Webo.
Pengadil pertama, Ovidiu Hategan, juga dari Romania, cuba meneliti tentang perkara itu, dan Coltescu menunjuk kepada Weibo dengan merujuk penolong pengurus itu dengan berkata: “Yang hitam [negru – hitam dalam bahasa Romania] di sana. Pergi dan periksa siapa dia. Yang hitam di sana, tidak mungkin bertindak seperti itu. ”
Webo yang bengang terus berkali kali mempersoalkan kenapa pegawai tersebut menggunakan perkataan negr*.
Pemain gantian, Demba Ba bersemuka dengan Coltescu dan bertanya mengapa dia menggambarkan Webo dengan merujuk pada warna kulitnya.
“Kamu tidak pernah mengatakan ‘lelaki putih ini’, kamu akan mengatakan ‘lelaki ini’.”
PSG and Istanbul Basaksehir teams walk out mid-game during UEFA Champions League match after Turkish side assistant manager Webo accused fourth official of using racist language pic.twitter.com/NqhIXxbkAm
— TRT World (@trtworld) December 8, 2020
“Jadi mengapa apabila kamu menyebut lelaki kulit hitam, anda harus mengatakan ‘lelaki hitam ini?,” tegas Ba.
Para pemain meninggalkan padang tidak lama kemudian dan tidak kembali. Itu adalah protes seumpamanya berlaku di bola sepak Eropah untuk kes berkaitan dengan rasis.
Ianya berlaku, selepas setahun UEFA memperkenalkan 3 langkah yang boleh diambil para pemain jika berlaku serangan perkauman.
Langkah ketiga dan yang terakhir adalah dengan keluar padang. Ianya dibenarkan, jika ada serangan perkauman yang jelas dan nyata.
Fourth official Sebastian Coltescu is facing at least a 10-match ban if found guilty of using racist language by a UEFA disciplinary investigation.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) December 9, 2020
Agak ironi kerana protes yang pertama yang menyaksikan pemain keluar padang adalah melibatkan pegawai UEFA sendiri.
Bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho menganggap perlawanan tersebut sebagai ikonik dan akan diingati buat selamanya.
José Mourinho berkata: “Permainan itu akan menjadi sangat ikonik; permainan Liga Juara-Juara Eropah dihentikan selepas 15 minit dengan alasan yang sangat menyedihkan, semoga ia tidak akan berulang lagi.”
“Sebagai pengamal bola sepak, saya sangat kesal kerana keadaan itu berlaku dalam industri yang saya terlibat.”
Presiden Persatuan Bla Sepak Romania, Razvan Burleanu, memberitahu laman web berita sukan Romania, ProSport: “Sekiranya terbukti bahawa dia bersalah, kita sekarang berbicara mengenai perkauman, maka kami tak perlu menyatakan apa yang kami faham.”
“Walaubagaimanapun, kita mesti menunggu semua butiran sebenar kejadian ini sebelum membuat kesimpulan.”
“Dia nampaknya tidak berniat menghina, saya rasa itu jelas. Laporan UEFA akan menjelaskan kejadian dan skala kesalahan bagi mereka yang terlibat.”
Baca juga perkembangan lain
Analisis Taktikal: Bagaimana ‘Wingback’ United Dibuli Leipzig
Gagal Tunjuk Taring Sebenar Di Leipzig, Ole Dah Tak Sabar Nak Bangkit Berdepan Man City