Solskjaer menyatakan bahawa pasukannya tidak menunjukkan taring sebenar ketika mereka tewas di tangan RB Leipzig dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.
Kekalahan yang menyaksikan mereka tersingkir dari UCL dan terhumban ke Liga Europa.
Manchester United memerlukan kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati di Red Bull Arena.
Sebaliknya mereka tewas 3-2 di dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Solskjaer juga menyalahkan pasukannya kerana tewas kepada Istanbul Basaksehir beberapa minggu lalu yang menjadi punca utama kenapa mereka gagal ke pusingan kalah mati.
“Kami untuk bermain baik sebagai satu pasukan.”
“Kita gagal untuk menyerang dan kami tidak mengeluarkan aksi sebenar sebelum mereka mendapatkan gol kedua. Kami tidak boleh kata yang kami tidak bagus. Cuma hari ini kami tidak cukup bagus.
“Kami berada di dalam sebuah kumpulan yang sama sukar dan itu jelas sekali. Turning point terbesar kami adalah ketika kekalahan di Istanbul.”
“Di situlah kami kehilangan mata yang sepatutnya kami dapat bawa balik.”
Mengulas tentang sistem permainannya yang menggunakan formasi dengan 5 pertahanan seperti mana mereka berdepan Paris St Germain (mereka menang 2-0 di Paris), Solskjaer menjelaskan bahawa mereka perlu memikirkan taktikal untuk berdepan dengan hantaran lintang lawan.
“Pada hari ini kita hampir [bangkit], tetapi kita harus bertahan daripada ancaman hantaran lintang pasukan lawan. Malnang sekali kita gagal untuk melakukannya.”
Solskjær: "Today we were close but we knew we had to defend crosses and balls into the box and we just couldn't clear them." #mulive [bt]
— utdreport (@utdreport) December 8, 2020
Baru saja 2 minit perlawanan bermula Aaron Wan-Bissaka memberikan ruang kepada Angelino untuk menjaringkan gol.
Angelino merupakan bek kanan yang dipinjam oleh RB Leipzig dari seteru sebandar mereka, Man City.
Selepas gol pertama itu, Angelino mencipta pula gol untuk rakannya, Amadou Haidara untuk gol kedua.
Pada minit ke-69, Justin Kluivert meletakkan pasukan tiga gol di hadapan selepas tidak dikawal.
United cuba bangkit dengan menjaringkan dua gol. Pertama menerusi penalti oleh Bruno Fernandes. Dan kedua adalah gol menerusi Paul Pogba m
Solskjaer agak kecewa kerana pasukannya melakukan kesilapan seperti mana mereka tewas di tangan Basaksehir. Di mana pasukannya gagal bertahan baik.
Ole Gunnar Soslkjaer berharap para pemainnya belajar sesuatu daripada kekalahan ini sebelum lawatan ke Etihad pada hujung minggu ini.
“Sebagai pemain bola sepak, kamu tidak boleh menyalahkan diri sendiri. Kamu akan merasa sedih untuk beberapa minit pada malam ini.”
“Dan kembali fokus untuk aksi Sabtu ini. Kami tak sabar untuk turun beraksi.”
Ole Gunnar Solskjær: ‘Unlucky towards the end.’
‘Today we were close.’
‘As a footballer you can’t feel sorry for yourself. You’ve just got to go feel sorry for yourself for a few minutes tonight and then we’ve got to focus on Saturday.’#RBLMUN https://t.co/5rGYnO1t6t pic.twitter.com/D68by7NWeC
— Duncan Castles (@DuncanCastles) December 8, 2020
Man United memiliki rekod di tempat lawan yang sangat cemerlang pada musim ini, terutama sekali dalam Liga Perdana Inggeris.
Sumber: The Guardian
Baca juga perkembangan lain
Menang Ke Atas Arsenal, Mourinho Isytihar Spurs Bukan Pasukan Biasa