Tottenham Hotspur berjaya mewarnakan Utara London pada hari ini dengan warna putih. Ianya selepas mereka menewaskan Arsenal 2-0.

Song Heung Min dan Harry Kane berada dalam senarai penjaring dan saling mencipta bantuan gol kepada satu sama lain.

EokvYxQXIAAbG3L

Kejayaan menewaskan Arsenal membuatkan Jose Mourinho mulai melabel pasukannya sebagai bukan pasukan biasa seperti sebelum ini.

Spurs tak kalah dalam 3 perlawanan terakhir. Dan mereka mengutip 7 mata daripada aksi di antara big six – selepas mengharungi aksi berdepan dengan Manchester City, Arsenal dan Chelsea.

Oleh sebab itu Mourinho berani untuk melabel pasukannya sebagai bukan pasukan biasa.

“Kami telah bermain melawan City, Chelsea, Arsenal. Sekiranya anda mendapat 3-4 mata dari perlawanan tersebut, itu bukan akhir dunia. ”

“Itu perkara biasa. Kami mendapat tujuh mata, “kata Jose Mourinho kepada BBC.

“Kami terus berkembang. Saya dapat membayangkan ramai orang meramalkan ketiga-tiga permainan berturut-turut ketika kita meletakkan mata dan kembali normal.”

“Namun, kami tidak kembali normal,” jelas beliau lagi.

Hasil daripada kemenangan itu, Tottenham Hotspur kembali ke puncak liga dengan 24 mata.

Ditanya tentang peluang Spurs untuk menjadi juara liga, Mourinho berkata:

“Kami ada di sana (persaingan untuk merebut kejuaraan). Saya pasti bahawa satu minggu lagi kita berada di puncak kecuali Liverpool menang dengan skor besar,” tegas Mourinho sebelum sepak mula antara Liverpool dan Wolves.

“Masalah dengan Liga Perdana adalah kita bermain Crystal Palace minggu depan. Tidak ada jaminan untuk menang.”

Baca juga perkembangan lain

EPL: Liverpool Belasah Wolves

EPL: Arsenal Kuasai 70% Perlawanan, Namun Kane & Son Musnahkan Mereka Dengan Dua Serangan Balas

EPL: Giroud Terus Ledak Gol, Chelsea Kini Di Puncak