Chelsea meneruskan rentak kemenangan mereka pada musim ini. Di dalam aksi yang berlangsung di Stamford Bridge, skuad bimbingan Frank Lampard menang 3-1 ke atas Leeds United.

Leeds United terlebih dahulu di hadapan menerusi Patrick Bamford yang menggelecek Edouard Mendy selepas penjaga gol itu cuba untuk mengeluarkan bola di luar kotak penalti.

Usaha Mendy itu tidak berjaya dan dia hanya mampu melihat Bamford melakukan gol.

EogHRodWEAEnVgz

Bekas pemain akademi Chelsea itu kini menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol menerusi permainan terbuka pada musim ini dalam Liga Perdana Inggeris.

Namun Chelsea menyamakan kedudukan sebelum rehat, Ianya menerusi Olivier Giroud. Penyerang yang menjaringkan 4 gol dalam aksi UCL sebelum ini, meneruskan prestasi cemerlangnya di hadapan gol.

Giroud menyempurnakan hantaran oleh Reece James dengan tenang.

Penyerang antarabangsa Jerman, Timo Werner terlepas peluang terhidang untuk menjaringkan gol. Di mana pemain antarabangsa Jerman itu gagal menyumbat masuk bola dalam keadaan dia berada di garisan gol.

Chelsea menambah gol menerusi tandukan oleh Kurt Zouma yang menerima hantaran oleh Mason Mount daripada sepakan penjuru.

Chelsea mematikan perjuangan anak anak buah Marcelo Bielsa dengan gol ketiga oleh Christian Pulisic yang masuk menggantikan Hakim Ziyech.

Kemenangan tersebut meletakkan Chelsea sebagai pasukan teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Pemain Gantian Cetus Kebangkitan United, Pogba Jaringkan ‘Screamer’

EPL: Everton Keciciran Mata Sekali Lagi

Pengarah Juventus Dituduh Berkomplot Penipuan Markah Ujian Luis Suarez