Paris Saint-Germain (PSG) berjaya memperoleh kemenangan besar dalam perlawanan terakhir Kumpulan H Liga Juara-Juara 2020/2021.
Perlawanan berlangsung pada Khamis selepas aksi pada Rabu digantung sementara berikutan pemain protes keluar padang kerana pegawai keempat yang mengeluarkan kata kata rasis.
Sebelum sepak mula, pemain kedua dua pasukan dan pengadil berlutut sebagai menunjukkan semangat anti perkauman.
PSG and Istanbul Basaksehir take a knee ahead of today's match
The two teams are resuming play after walking off the field yesterday to protest alleged racial abuse by the fourth official
(via @UCLonCBSSports)pic.twitter.com/LU9lqWotvp
— Bleacher Report (@BleacherReport) December 9, 2020
Neymar Jr. juga menunjukkan prestasi yang luar biasa dalam aksi tersebut dengan menjaringkan hatrik.
Pemain antarabangsa Brazil berjaya tampil garang sejak perlawanan bermula. Neymar membuka tirai jaringan pada minit ke-21, setelah menerima hantaran daripada Marco Verratti.
Pada minit ke-37, Neymar menggandakan kedudukan. Kali ini bermula dari serangan balas, Mbappe berjaya menghantar bola tepat kepada Neymar, yang tidak mensia siakan peluang terhidang.
Pada akhir babak separuh masa pertama, PSG diberikan penalti. Neymar menyerahkan tugasan itu kepada Kylian Mbappe dalam kedudukan dia boleh mencetak hatrik.
Mbappe menyempurnakan penalti itu untuk memberikan PSG pendahuluan 3-0 yang selesa menuju ke bilik rehat.
Bersambung separuh masa kedua, Neymar akhirnya mencetak hatriknya dengan gol pada minit ke-50.
Walaubagaunapun, Basaksehir menjaringkan gol saguhati menerusi Mehmet Topal.
PSG melengkapkan kemenangan 5-1 dengan jaringan peribadi kedua Kylian Mbappe pada minit ke-62.
PSG menamatkan saingan sebagai juara kumpulan H.
Baca juga perkembangan lain
Pegawai Keempat Perlawanan PSG-Basaksehir Berdepan Penggantungan 10 Perlawanan
Analisis Taktikal: Bagaimana ‘Wingback’ United Dibuli Leipzig
Gagal Tunjuk Taring Sebenar Di Leipzig, Ole Dah Tak Sabar Nak Bangkit Berdepan Man City