Dalam aksi Liga Juara Juara Eropah perlawanan kedua peringkat kumpulan, Manchester United kalah di tangan Galatasaray di hadapan sendiri hanya beberapa hari selepas kekalahan di tangan Palace di gelanggang yang sama.

Rasmus Hojlund menjaringkan dua gol Manchester United dalam perlawanan ini. Namun Galatasaray mebalasnya dengan 3 gol menerusi jaringan Wilfried Zaha, Kerem Akturkoglu dan Mauro Icardi.

Hasil daripada kekalahan ini, Manchester United kini berada di tangga tercorot Kumpulan A tanpa sebarang mata. Sementara itu, Galatasaray di tempat kedua dengan 4 mata.

Sebelum perlawanan Raphael Varane menggariskan bahawa ada formula yang boleh membantu Man United menjuarai UCL musim ini dengan mereka akan memulakan misi itu pada aksi menentang Galatasaray.

Malangnya, kini Man United harus memastikan mereka tidak keciciran mata lagi dalam perlawanan akan datang.

Dalam aksi di Old Trafford, Man United tampil agresif sebaik sahaja wisel dibunyikan dan mencipta beberapa peluang gol. Namun mereka terpaksa menunggu sehingg minit ke-17 menerusi gol Hojlund.

Kredit kepada Marcus Rashford yang mengumpan bola silang yang disambar Hojlund dengan tandukan.

Namun gol itu hanya bertahan 5 minit sahaja. Keraan selepas itu graduan Carrington, Wilfried Zaha berjaya menyamakan kedudukan. Di mana Zaha menewaskan Dalot dengan kekuatan fizikalnya dan kemudian memperdaya Andre Onana.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-1. Peminat United mengharapkan ada perubahan taktikal ketara pada separuh masa kedua.

Seperti dijangka, pada separuh masa kedua United terus dominan dengan penguasaan bola. Rasmus Hojlund meletakkan United di hadapan sekali lagi pada minit ke-59. Namun gol dibatalkan kerana ofsaid.

Namun kurang 10 minit kemudian, Hojlund berjaya juga menjaringkan gol keduanya untuk membolehkan United mendahului 2-1 pada minit ke-67. Hojlund memecut dari tengah padang dan disudahkan dengan penyudah yang sangat tenang dan tajam.

https://twitter.com/ESPNFC/status/1709304305767866510

Sekali lagi Galatasaray membalas gol itu dengan segera. Gol Hojlund itu kali ini hanya bertahan 4 minit. Kerana Galatasaray sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Akturkoglu yang menerima bantuan daripada Baris Yilmaz.

Malang menimpa Man United pada minit ke-77, kesilapan hantaran Onana terpaksa dibayar mahal kerana Casemiro terpaksa mengasari Dries Mertens di dalam kotak penalti. Galatasaray mendapat sepakan penalti dan Casemiro dilayangkan kad merah.

Tetapi Manchester United berjaya menarik nafas lega, kerana penalti Icardi tidak masuk.

Kelegaan itu cuma bertahan 3 minit. Kerana Icardi akhirnya benar-benar berjaya berjaya menembusi gawang Onana dengan penyudah sangat tenang menewaskan Onana yang terperangkap.

Tamat perlawanan Man United kalah 2-3 di tangan Galatasaray.