Beraksi dalam saingan Liga Super China (CSL) sememangnya menjanjikan wang yang lumayan lebih-lebih lagi jika status pemain itu pernah beraksi dengan beberapa kelab besar di sekitar Eropah.
Akan tetapi, tidak semua pemain berstatus bintang yang berjaya menampilkan prestasi cemerlang sepanjang beraksi di negara Tembok Besar itu. Di sini, kami senaraikan tujuh pemain berstatus bintang yang menerima gaji tinggi dan gagal menyinar ketika beraksi di saingan Liga Super China
1. Carlos Tevez
Bekas pemain Manchester United dan Juventus ini menyertai Shanghai Shenhua pada 2017 dan menjadi pemain yang menerima gaji kedua tertinggi di dunia ketika itu. Namun Tecez gagal menyerlah dimana beliau hanya menjaringkan 4 gol dalam 14 perlawanan.
2. Robinho
Robinho pernah beraksi bersama Real Madrid dan Manchester City namun beliau gagal bergelut ketika beraksi di China. Pemain yang dipenjara kerana tuduhan merogol itu hanya menjaringkan 3 gol dalam 10 perlawanan ketika menyarung jersi Guangzhou Evergrande pada 2015.
3. Jo
Jo pernah beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Manchester City dan Everton namun beliau hanya mampu menjaringkan enam gol dalam 17 perlawanan bersama Jiangsu Suning.
4. Nicolas Gaitan
Nicolas Gaitan menyertai Dalian Yifang pada 2018 dari Atletico Madrid bersama rakan sepasukan iaitu Yannick Carrasco. Pemain ini tampil dalam 28 perlawanan dan menjaringkan dua gol.
5. Hernanes
Hernanes menyertai Hebei China Fortune pada Februari 2017 dan beliau kemudiannya dipinjamkan ke Sao Paulo empat bulan kemudian. Sekembalinya ke Hebei China, Hernanes hanya membuat 13 penampilan sebelum dijual.
6. Anthony Modeste
Bekas penyerang Blackburn Rovers, Anthony Modeste menyertai Tianjin Quanjian pada 2017. Selepas setahun, beliau secara tiba-tiba menghilang dan kemudiannya menyertai FC Koln dalam saingan Bundesliga.
Modeste dan Tianjin terlibat mengeluarkan saman terhadap satu sama lain dan perpindahan beliau dianggap sebagai urusan paling tidak munasabah dalam sejarah bola sepak China.
7. Brown Ideye
Ideye menandatangani kontrak selama dua setengah tahun bersama Tianjin Teda pada 2017. Setahun kemudian, pemain ini menyertai kelab Sepanyol, Malaga secara pinjaman dan enggan kembali ke Tianjin selepas gagal mencipta jaringan dalam 14 perlawanan yang dihadapi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
JDT Seri Menentang MSK Zilina, Aksi Moussa Sidibe Curi Tumpuan
Fadhli Shas Sedia Kembali Semula Ke Skuad Harimau Malaya Jika Dipanggil