Kelab Liga Super China (CSL), Tianjin Tianhai telah mengisytiharkan muflis dan menghentikan segala beroperasi kelab secara serta-merta.

Tianjin, yang pernah dikendalikan oleh pemenang Piala Dunia 2006, Fabio Cannavaro dan memiliki pemain bintang seperti Alexandre Pato serta Axel Witsel menghadapi krisis kewangan setelah pemilik pasukan, Shu Yuhui ditahan pihak berkuasa.

Tianjin Tianhai
Axel Witsel. Sumber Gambar: Goal.com

Yuhui ditahan kerana menjadi dalang kepada penipuan pyramid scheme tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara selama 9 tahun.

Shenzhen FC, yang menamatkan saingan liga musim lalu di tangga ke-15 akan mengambil alih tempat yang ditinggalkan Tianjin dalam saingan CSL musim ini.

Pihak kelab mengeluarkan kenyataan rasmi dimana mereka membubarkan pasukan kerana tidak lagi mampu untuk menampung segala kos operasi bagi saingan musim 2020.

Tianjin Tianhai
Sumber Gambar: Daily Mail

Fabio Cannavaro membimbing Tianjin Tianhai layak ke saingan CSL pada musim 2017 setelah beraksi di divisyen kedua pada musim sebelumnya. Bahkan, Tianjin berjaya mara ke saingan AFC Champions League (ACL) pada musim 2018.

Setelah Cannavaro meninggalkan pasukan bagi menyertai Guangzhou Evegrande, Tianjin sedikit bergelut dan mereka menamatkan saingan CSL musim 2019 di tangga ke-14.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Chanathip: Final AFF Suzuki Cup 2014 Di Bukit Jalil Bertemu Malaysia Adalah Perlawanan Paling ‘Favourite’

Misi Ke Piala Dunia 2022, China Bakal Diperkuatkan Enam Pemain Naturalisasi

Pemain Naturalisasi UAE, Sebastian Tagliabue Kini Menganggur Dan Sedang Cari Kelab Baharu