Bekas wonder kid Brazil, Alexandre Pato dilaporkan bakal menyertai kelab dari Iraq bagi mengharungi baki saingan musim 2020/2021.
Perkara ini dikongsikan oleh Asian Football di laman media sosial Twitter dimana kelab yang dimaksudkan ialah Al Diwaniya SC yang ketika ini menghuni tangga ke-12 Liga Perdana Iraq.
Iraqi side Al Diwaniya SC agrees with Brazilian forward Alexander Pato (31) to join the team during the current transfer period. 👀 pic.twitter.com/n6U2jtlQxR
— Asian Football (@AsianFootballs) February 3, 2021
Apabila mula beraksi bersama AC Milan pada 2008 lalu, Pato dicanang sebagai salah satu pemain yang akan menjadi penyerang terbaik dunia kerana kualiti serta kemampuan yang dimiliki oleh beliau.
Pato beraksi selama enam musim bersama Milan dan beliau berjaya menjaringkan 51 bersama kelab Serie A itu. Beliau kemudiannya pulang ke Brazil dengan menyertai Corinthians pada 2014 namun sentuhan beliau sudah tidak setajam ketika beraksi bersama Milan.
Isu kecederaan menyebabkan Pato bergelut untuk menampilkan prestasi terbaik dan kemudiannya menjadi pengembara apabila menyertai beberapa kelab seperti Chelsea (2015/2016), Villarreal (2016/2017) dan kelab China, Tianjin Tianhai (2017-2019).
Musim lalu, Alexandre Pato beraksi bersama kelab Brazil, São Paulo dan beliau menyumbang lima gol dalam 20 penampilan.
Meskipun sudah berusia 31 tahun dan tidak mempunyai sentuhan setajam ketika beliau beraksi di Eropah, namun Pato dilihat masih mampu menyumbang kepada saingan bola sepak Iraq.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Pemegang Hak Penyiaran Thailand ‘Done Deal’ Bersama Tencent Untuk Kerjasama Media Dan Teknologi