Zense Entertainment yang merupakan pemegang hak penyiaran saingan Thai League dengan kontrak selama 8 musim, secara rasmi mengumumkan bahawa mereka sudah bersetuju untuk berkerjasama dengan Tencent Thailand iaitu penyedia platform hiburan dan world-class technology solutions.
Kerjasama itu bakal membawa satu kemunculan aplikasi sukan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, dimana akan ia bukan sahaja sebagai platform media tetapi turut berfungsi dalam lifestyle yang bakal dinikmati oleh penyokong bola sepak Thailand.
Aplikasi bersepadu yang akan diberi nama sebagai Cheer Thai itu nanti akan menggunakan teknologi terkini dari Tencent Technology yang menawarkan features serta user experience yang hebat dalam satu aplikasi sahaja.
CEO Zense, Varavuth Jentanakul dalam kenyataan selepas majlis tersebut memberitahu bahawa kerjasama ini adalah memiliki satu daya cipta dan inovasi yang sangat hebat.
“Kami sangat teruja dan bangga untuk berkerjasama dengan Tencent bagi membangunkan aplikasi sukan bola sepak ini dimana ia akan tersedia juga melalui laman web untuk memudahkan penyokong menikmati segala kelebihan sebagai penyokong bola sepak Thailand.”
“Cheer Thai disasarkan akan membawa sekitar 10 juta penyokong bola sepak di Thailand untuk memberikan sokongan kepada kelab mereka selain menikmati analisis profesional, data serta statistik pemain, kelab serta perlawanan.”
Pengarah Urusan Tencent Thailand, Krittee Manoleehagul pula menjelaskan bahawa Tencent Thailand akan menggunakan platform Sanook.com, WeTV serta JOOX dan aset lain dalam syarikat untuk mempromosikan semua konten yang dihasilkan nanti.
Kerjasama dengan syarikat teknologi seperti Tencent ini jelas dapat menjimatkan banyak perkara baik dari sudut kos kewangan atau sumber lain serta mampu memacu perjalanan sesebuah perancangan itu dengan lebih lancar.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Ini Cara Rakuten Bantu Semua Kelab J.League Untuk ‘Reach’ Pasaran Yang Lebih Luas Jual Merchandise
Saigon FC Diumumkan Sebagai ‘Asia Strategic Partner’ FC Ryukyu, Peluang Besar Majukan Industri
Kelab Kemboja Ini Berjaya Raih ‘Sumbangan’ Lebih RM100,000 Dalam Tempoh Kurang 10 Hari