Dalam satu temu bual secara online bersama pemain tersohor Thailand, Chanathip Songkrasin beberapa hari lalu, beliau banyak berkongsi mengenai pengalaman beliau dalam karier bola sepak terutamanya di Jepun.
Ketika Chantahip menjawab soalan-soalan yang diajukan, paling menarik adalah apabila beliau menyatakan bahawa perlawanan yang paling tidak akan dilupakan sepanjang karier beliau adalah ketika berdepan pasukan Malaysia pada perlawanan ke-2 Final AFF Suzuki Cup 2014.
“Saya tahu kita (Thailand) kalah pada malam itu (2-3), tetapi berjaya menang melalui agregat 4-3.”
“Walaupun kita kalah (perlawanan final ke-2), kita menang 2-0 di Bangkok dan berjaya menjaringkan 2 gol (di Bukit Jalil) untuk selesaikan tugas.”
“Itu adalah satu cara yang luar biasa untuk kita menamatkan badi 12 tahun menjuarai AFF Suzuki Cup.”
Sambil menceritakan perkara itu, Chanathip Songkrasin turut mengakui trofi AFF Suzuki Cup 2014 itu adalah antara kejuaraan yang terbesar pernah dimilikinya.
“Ketika itu saya masih berusia 21 tahun, ia adalah satu detik kebanggaan dalam karier bola sepak saya.
Video highlights perlawanan ke-2 Final AFF Suzuki Cup 2014
Mengakhiri sesi temu bual tersebut, Chanathip memberikan beberapa nasihat kepada pemain-pemain muda yang ingin mengikuti jejak beliau mencipta nama dalam karier bola sepak.
“Untuk mencapai apa sahaja, perlu ada satu azam yang tinggi, sasaran yang jelas serta bekerja keras dan melakukan yang terbaik. Mereka juga perlu berlatih bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih bagus.”
“Kita tidak dilahirkan sempurna segalanya. Mungkin ada yang berbakat besar tetapi perlu juga bekerja keras. Sokongan yang betul dari keluarga juga penting. Ini adalah asas untuk berjaya.”
“Anda perlu mencari keseimbangan diantara melakukan perkara yang disukai dan melakukan perkara yang betul. Sentiasa percaya kepada diri sendiri walau apa pun yang berlaku.”
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Kelab Thai League 3 Sah Tamatkan Kontrak Zafuan Azeman, Angthong FC ‘Lumpuh’ Akibat COVID-19
Bapa Chanathip Songkrasin Dedahkan ‘Kitab’ Asas Bola Sepak Anaknya, Fans Manchester United Rupanya
Chanathip Dan Theerathon Tersenarai Dalam Kesebelasan Pemain Import Terbaik Di Saingan J. League