Melalui satu kemaskini laman sosial Instagram peribadi Zafuan Azeman, beliau menyatakan bahawa kelab Angthong FC yang beraksi dalam saingan Thai League 3 musim 2020 telah menamatkan kontrak diantara kedua-dua pihak selepas terkesan dengan pandemic COVID19.

Zafuan Azeman yang menandatangani kontrak bersama pasukan Angthong FC pada bulan Ogos 2019 yang lalu dan VocketFC pernah mengeluarkan satu artikel temu bual khas bersama beliau berkongsi mengenai pengalaman disana.

“Beraksi di sini banyak membantu saya dan ada sedikit perbezaan antara Thai League 3 dan juga Liga Malaysia. Bagi saya, Thai League 3 mempunyai persamaan dengan saingan Liga Perdana di Malaysia,” kata Zafuan Azeman.

https://www.instagram.com/p/B_7ZHODlPu1/

“Kualiti padang di sini lebih baik dan ramai pemain yang mempunyai kualiti beraksi di Thai League 3. Kebanyakan pasukan menerapkan fast football and strong football,” tambah Zafuan.

Salah seorang dari rakan sepasukan Zafuan di Angthong FC adalah Diego Silva, pemain import yang gagal mendapat tempat bersama pasukan Kelantan musim 2019 yang lalu.

88177471_3148147635203724_4180214973965795328_o

Dengan tamatnya kontrak Zafuan Azeman bersama Angthong FC, maka hanya 2 pemain dari Malaysia yang masih beraksi dalam saingan Thai League iaitu Norsharul Idlan Talaha (BG Pathum United) dan Dominic Tan (Police Tero).

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Pengarah Teknikal VFF Tidak Setuju Sambung Kontrak, Vietnam Hilang ‘Perancang’ Utama Generasi Emas

FIFA Arahkan Kelantan Bayar RM631,000 Kepada Cassio de Jesus Dalam 30 Hari Atau Digantung

VFF Beri Bayangan Philippe “Omar” Troussier Bakal Mengisi Jawatan Pengarah Teknikal Skuad Bola Sepak Vietnam