Selepas Hans Jurgen Gede sah tidak akan menyambung kontrak sebagai pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), pihak pengurusan persatuan itu sudah mula mengatur gerak mencari pengganti yang sesuai.

Kriteria utama yang dikehendaki dari calon baru nanti adalah untuk membimbing, membangunkan serta melatih pemain-pemain muda untuk bersedia menerima panggilan dari pasukan senior.

Dalam masa yang sama, calon pengarah teknikal itu juga perlu mempunyai kebolehan membantu latihan serta berkongsi pengalaman untuk membangunkan jurulatih tempatan.

Menurut beberapa laporan media Vietnam, Hans Jurgen Gede tidak mengikuti kriteria yang dipersetujui itu sejak hujung tahun lalu dikatakan sebagai punca utama kontrak beliau tidak disambung.

Kini nama pengarah teknikal Akademi Bola Sepak PVF, Philippe Troussier menjadi buah mulut untuk mengisi jawatan yang sama di VFF pula. Diberikan gelaran ‘White Witch’, kepakaran beliau ditagih untuk mencipta sesuatu bagi memacu bola sepak Vietnam ke satu tahap yang lebih tinggi terutama di Asia.

Philippe Troussier juga dilihat sebagai calon yang mampu blend dengan budaya tempatan Vietnam dengan baik selepas mula berbakti kepada bola sepak Vietnam sejak tahun 2018.

Suatu ketika dahulu, menurut laporan Goal Malaysia, Philippe Troussier dikatakan sudah sampai ke perbincangan terakhir dengan FAM untuk mengemudi skuad kebangsaan Malaysia namun disebabkan 2 perkara yang tidak dipersetujui oleh FAM, deal tersebut gagal.

  • Tidak mahu patuh kepada KPI yang ditetapkan oleh FAM.
  • Demand untuk diberikan pampasan kewangan walaupun kontrak ditamatkan oleh beliau sendiri.

Beliau juga dilaporkan oleh media dari Maghribi telah memeluk agama islam ketika melatih skuad negara tersebut dan isterinya juga turut melakukan perkara yang sama.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Pengarah Teknikal VFF Tidak Setuju Sambung Kontrak, Vietnam Hilang ‘Perancang’ Utama Generasi Emas

Bekas Jurulatih Saigon FC Beri Sebab Mengapa Pemain Thailand Berjaya Diluar Negara Berbanding Vietnam

Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi