Kejayaan pemain Thailand yang bukan sahaja mencipta nama di Jepun, malahan mampu menjadi tonggak menjuarai saingan liga telah membuatkan ramai tertanya-tanya apakah faktor atau penyebab utama mereka mampu mempamerkan aksi yang diyakini oleh kuasa bola sepak Asia tersebut.
Melalui sebuah artikel Bongda Plus, mereka telah memetik pendapat seorang bekas jurulatih kelab Saigon FC, Nguyen Thanh Cong yang telah menggariskan beberapa faktor yang membezakan pemain Vietnam dan Thailand ketika beraksi diluar negara.
Berdasarkan perspektif profesional beliau, Nguyen Thanh Cong menyatakan bahawa hakikatnya pemain Vietnam masih tidak mampu meninggalkan impak kuat ketika beraksi diluar negara bukan hanya berpunca dari masalah profesionalism.
“Saya fikir pemain bola sepak Thailand memiliki mindset untuk beraksi diluar negara mengatasi pemain dari Vietnam dan bersedia untuk berhijrah pada bila-bila masa.”
“Pemain Thailand memiliki gaya pemain profesional sebenar seperti pengurusan diri, life skills, adaptasi bahasa asing dan perkara ini adalah sesuatu yang diluar kebiasaan untuk pemain Vietnam.”
“Saya rasa dari sudut profesionalism, pemain Vietnam tiada kekurangannya tetapi beberapa faktor untuk cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran bola sepak profesional sebenar masih lagi dibelakang Thailand.”
Menurut beliau lagim masalah lain yang dilihat sebagai penghalang kejayaan pemain Vietnam diluar negara adalah mentaliti yang terlalu merendah diri kepada orang lain.
“Pemain Thailand pergi ke luar negara dengan penuh determination untuk bermain bola sepak, dan membina nama mereka. Sebaliknya, pemain Vietnam yang masih belum keluar negara banyak didedahkan dengan perkara berkaitan pemasaran serta komersil dan ini telah menjadikan mereka hilang keyakinan untuk bermain bola sepak – uang menjadi tujuan asalnya.”
Ikuti artikel seterusnya dibawah yang telah kami sediakan untuk anda.
Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi