Malaysia kini mempunyai lebih banyak prospek pemain kacukan selepas pendedahan yang dibuat oleh pengguna Twitter Harimau Abroad yang menyatakan bahawa ada 2 lagi pemain kacukan Malaysia-Australia yang kini sedang beraksi bersama FC Den Bosch di Belanda.

Kembar yang dilahirkan di Kuala Lumpur itu – Ryan dan Declan Lambert, kini berusia 21 tahun memiliki kerakyatan Australia namun mungkin bakal menjadi prospek pemain kacukan terbaru Malaysia kerana ibu mereka adalah warga Malaysia.

Bekas pemain kelab Melbourne Victory itu telah tiba di Belanda untuk mencuba nasib mereka 2 tahun lalu dan beraksi untuk kelab Archilles’29 sebelum berpindah menyertai FC Den Bosch.

Ryan Lambert beraksi diposisi tengah manakala Declan Lambert pula beraksi sebagai full back atau defensive midfielder, kini masih mengejar peluang untuk mereka memperagakan bakat dan mungkin akan kembali ke Australia jika tidak berjaya mendapatkan tempat di Belanda – mengikut artikel The World Game.

Copyright-ProShots-5024732-700×467

Gambar diatas adalah aksi Declan Lambert ketika perlawanan bertemu kelab Go Ahead Eagles dalam saingan Eerste Divisie, liga bahagian 2 Belanda.

Menurut satu temu bual bersama Declan yang disiarkan oleh laman web rasmi FC Den Bosch, Ryan lebih ‘menurun’ raut ibu, manakala Ryan pula mirip kepada bapa mereka yang berasal dari England.

Tambah Declan lagi, bapanya telah berhijrah ke Australia ketika berusia 21 tahun untuk bekerja sebagai akauntan dan bertemu ibunya disana. Declan juga turut menjelaskan ibu bapanya telah memilih untuk bersalin di Malaysia kerana lebih senang dan dekat dengan keluarga sebelah ibunya – bersalin anak kembar memerlukan pertolongan keluarga.

Mungkin mereka berminat untuk beraksi dengan skuad Malaysia suatu hari nanti dan Matthew Davies atau Brendan Gan boleh menjadi ‘jambatan’ untuk mula merisik perkembangan mereka dengan lebih dekat lagi.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Demi Misi Beraksi Di EPL, Penjaga Gol Kacukan Vietnam Ini Guna ‘Kabel’ Agensi Sama Dengan Petr Cech

Kelab Jepun Ini Catatkan Kerugian RM81.67 Juta Pada Musim 2019, Bakal ‘Bungkus’ Buat Kali Ke-2 Dalam Sejarah

Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi