Pemain bintang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai dilaporkan menolak tawaran yang diberikan oleh kelab dari Eropah dan Jepun untuk terus beraksi bersama Hanoi FC.
Quang Hai dikhabarkan menolak tawaran yang diberikan oleh Hokkaido Consadole Sapporo dan beberapa kelab Eropah sekaligus peminat bola sepak Vietnam berasa kecewa dengan keputusan pemain itu.
Bintang Timnas Vietnam, Nguyen Quang Hai dikabarkan menolak tawaran Klub Jepang, Consadole Sapporo dan sejumlah klub Eropa.
Hal ini disesalkan para fans Vietnam😁.📝iNews
— Update Score Bola (@UpdateBolabola) January 25, 2022
Pemain berusia 24 tahun itu tampil dengan cemerlang ketika saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung pada Disember lalu dan beliau membantu pasukan negaranya mara sehingga ke peringkat separuh akhir.
Melihat kepada prestasi yang ditampilkan oleh Nguyen Quang Hai, ramai pihak terutamanya peminat bola sepak Vietnam mahu melihat pemain itu untuk beraksi di luar negara sekaligus meningkatkan tahap permainannya.
Kontrak Quang Hai bersama Hanoi akan tamat pada April 2022 dan perkara ini dimanfaatkan oleh sejumlah kelab dimana mereka memberikan tawaran kepada pemain itu.
Namun pemenang Piala AFF Suzuki 2018 itu nyata berada di zon selesa apabila menolak tawaran yang diberikan dan menandatangani kontrak lanjutan bersama Hanoi.
Consadole Sapporo ketika ini sedang mencari pengganti kepada Chanathip Songkrasin yang telah berhijrah dengan menyertai juara J1 musim lalu, Kawasaki Frontale dengan yuran tertinggi dalam sejarah Liga Jepun iaitu sebanyak JPY500 Juta atau sekitar RM18.17 Juta.
Sebelum ini, beberapa pemain Vietnam pernah beraksi di liga luar negara seperti Luong Xuan Truong yang pernah beraksi bersama Gangwon FC dan Incheon United. Pemain lain ialah Nguyen Tuan Anh dimana beliau pernah menyarung jersi Yokohama FC.
Seorang lagi pemain bintang The Golden Stars, Nguyen Chong Phuong pernah beraksi di Eropah bersama kelab Belgium, Saint Truidense selain Incheon United di Korea Selatan dan Mito HollyHock di saingan divisyen dua Liga Jepun.
Chanathip pernah memberi nasihat kepada pemain yang mempunyai potensi di Asia Tenggara agar lebih berani untuk berakai di luar negara bagi meningkatkan lagi tahap permainan dan membantu skuad kebangsaan masing-masing.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Pernah Bergaduh Dengan Pemain Malaysia, Justin Baas Kini Import Baharu Melaka United
Lim Teong Kim Tiada Dendam, Hanya Tidak Setuju Cara FAM Kendalikan Bola Sepak Di Malaysia