Manchester United melepaskan pendahuluan 2 gol pada separuh masa kedua dan diikat oleh Tottenham, terutama sekali gol lewat perlawanan oleh Son Heung Min.
Baca Juga:
- Newcastle vs Tottenham: Magpies Membantai Spurs 6-1
- Alex Ferguson Dan Arsene Wenger Diangkat Ke Dewan Kemahsyuran EPL
- Ten Hag Mahu Anak Buah Lakukan Segalanya Untuk Julang Piala FA
Skuad yang dikendalikan oleh interim, Ryan Mason, Spurs sebelum ini sudah berjanji akan bangkit dalam aksi menentang Man United.
Ini selepas mereka dimalukan Newcastle 6-1 pada hujung minggu lalu.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tottenham, skuad bimbingan Erik Ten Hag seolah olah memberikan Spurs satu lagi kekalahan,
Marcus Rashford meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-7 dengan satu usaha yang sangat licik.
Pada minit ke-44, Jadon Sancho menambah 1 lagi gol. Ianya membuatkan penyokong Spurs gelisah. Kerana pasukan mereka baru sahaja dibelasah minggu lalu.
Gol Pedro Porro pada awal separuh masa kedua memberi mereka talian hayat kepada Spurs.
Semangat pasukan dan penyokong mereka tiba tiba meningkat mendadak.
Spurs mencipta banyak peluang dan berterusan menyerang ke arah gawang.
Harry Kane memiliki peluang keemasan namun gagal disudahkan.
Seterusnya Son Heung Min juga mempersiakan peluang dari jarak dekat selepas menerima hantara Kane.
Paling hampir adalah tandukan Eric Dier yang sedikit sahaja tersasar.
Son Heung Min akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 ataupun pada lewat perlawanan menerusi satu penyudah sangat tenang.
Tamat perlawanan Tottenham 2 Manchester United 2.
Spurs mempersia siakan peluang untuk merapatkan jurang mata dengan lebih rapat lagi.
Saksikan rangkuman aksi di sini: