Kegagalan untuk mengekalkan persembahan yang sama di separuh masa pertama membantutkan hasrat Penang FC untuk meraih kemenangan di Stadium Bandaraya, pada Selasa apabila diikat 1-1 oleh Melaka United FC.
Pengendali Penang FC, Tomas Trucha berkata, situasi itu terjadi selepas pemain gantian yang dibawa masuk di separuh masa kedua gagal memberikan impak diharapkan.
Justeru, dia akui sangat kecewa kerana gagal menghadiahkan tiga mata penuh kepada penyokong Penang FC pada aksi pertama di laman sendiri.
“Selepas mendapatkan gol pertama, saya rasa kami boleh mengakhiri babak pertama dengan mendahului 1-0 atau 2-0 kerana ada situasi yang saya rasa kami patut diberi sepakan penalti.
“Kemudian, kami ada memberikan sepakan penjuru yang tidak sepatutnya sehingga membuka ruang kepada lawan mendapatkan jaringan.
“Di separuh masa kedua, saya harap pemain gantian seperti Jafri Firdaus Chew dan Christian Rontini dibawa masuk boleh memberikan kesan tetapi kita hilang penguasaan di bahagian tengah.
“Saya memang tidak gembira dengan satu mata ini kerana bermain di laman sendiri di hadapan penyokong dan kami tidak dapat berikan apa yang mereka mahukan,” katanya.
Kegagalan untuk mengekalkan persembahan yang sama di separuh masa pertama membantutkan hasrat @Penang_FC untuk meraih kemenangan di Stadium Bandaraya, pada Selasa apabila diikat 1-1 oleh Melaka United FC.#LigaSuper2022
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 9, 2022
Dalam perlawanan tersebut, Danial Ashraf Abdullah membuka jaringan buat Penang pada minit ke -27 sebelum disamakan oleh Melaka United menerusi jaringan sendiri Abdul Latiff Suhaimi pada minit 41.
Keputusan itu bermakna kedua-dua pasukan masih gagal mencapai sebarang kemenangan selepas dua aksi Liga Super.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Terengganu Bantah Waktu Sepak Mula 8.15 Malam, Mahu MFL Tukar Kepada 9.00 Malam
Hanya Penyokong Lengkap Suntikan Dos Penggalak Sahaja Dibenarkan Masuk Ke Stadium
Penyertaan Perak FC Dalam Liga Malaysia Tidak Terjejas Walaupun PAFA Digantung