Pengerusi Malaysia Football League (MFL), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan dalam satu kemaskini di laman sosial Twitter mengenai apa yang telah dilakukan untuk mempertingkatkan kualiti pengadil di Malaysia.
Menurut kenyataan tersebut TMJ memberitahu bahawa seramai 25 orang pengadil baru dihantar untuk menghadiri kursus di Jepun dan segala kos ditanggung sendiri oleh baginda.
Ya, saya telah beberapa kali menggesa FAM dan MFL untuk mempercepatkan referee profesional. Ia sesuatu yang harus dilakukan secepat mungkin. Saya menggunakan duit saya sendiri untuk menghantar 25 referee baru ke Jepun untuk kursus. Anda boleh sahkan itu dengan FAM. https://t.co/rFahi4Wa4f
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 27, 2018
Selain itu, TMJ juga memaklumkan bahawa bagainda sudah beberapa kali menggesa pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga MFL untuk mempercepatkan penubuhan satu entiti pengadil profesional untuk menaikkan lagi kualiti serta mutu pengadil tempatan.
Ikuti perkembangan seterusnya di laman sosial MFL. Pihak MFL sedang berusaha untuk memastikan kewujudan badan referee yang lebih professional dimana ia dibarisi oleh referee tempatan dan luar negara dari Jepun, dan akan pastikan FAM turut berkerjasama.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 27, 2018
Menjelaskan perkara penubuhan sebuah organisasi pengadil profesional itu dengan lebih mendalam, TMJ mendedahkan bahawa entiti baharu itu nanti akan terdiri daripada gabungan pengadil-pengadil tempat serta dari negara Jepun.
Mengapa Jepun Menjadi Pilihan Kursus Pengadil?
Selepas melihat kenyataan dari TMJ mengenai penghantaran pengadil baharu ke Jepun bagi menghadiri kursus serta penubuhan badan pengadil profesional dalam Liga Malaysia yang terdiri dari gabungan pengadil tempatan dan Jepun, Vocket FC telah membuat carian mengenai pengadil Jepun di Piala Dunia.
Sejak kali pertama Jepun layak ke Piala Dunia pada 1998, Jepun merupakan satu-satunya negara dari Asia Timur yang tidak pernah tercicir mempunyai wakil pengadil di pentas tertinggi bola sepak dunia.
Berikut adalah senarai pengadil dari Jepun yang terpilih ke Piala Dunia sejak edisi 1998;
- Piala Dunia 1998: Masayoshi Okada
- Piala Dunia 2002: Toru Kamikawa
- Piala Dunia 2006: Toru Kamikawa
- Piala Dunia 2010: Yuichi Nishimura
- Piala Dunia 2014: Yuichi Nishimura
- Piala Dunia 2018: Ryuji Sato
Jepun dapat dilihat telah berjaya membentuk bukan sahaja sebuah liga bola sepak profesional yang berjaya pada 1993 malahan berjaya melahirkan pengadil yang berkualiti dan buktinya dalam 6 edisi Piala Dunia terkini, Jepun memiliki wakil pengadil mereka dipentas dunia.
Mungkin disebabkan konsistensi ini telah menarik perhatian TMJ untuk menjadikan Jepun sebagai ‘role-mode’ bagi menghasilkan pengadil profesional yang berkualiti dalam arena bola sepak Malaysia.