Walaupun saingan Liga Malaysia musim 2020 ditangguhkan susulan penularan wabak pandemik COVID-19, pasukan Terengganu Football Club (TFC) semalam sempat memperkenalkan jersi ‘Blackout limited edition’ keluaran pihak penaja iaitu Al Ikhsan Sports.
Jersi ini menggunakan warna hitam kerana ia bertepatan dengan warna rasmi skuad TFC sebagai warna teras pasukan.
Menurut kenyataan rasmi daripada TFC, jersi ini mula dijual pada hari ini (16 Mei 2020 ) di outlet Al-Ikhsan dan Football Republic di Terengganu dan juga TFC Merchandise Store.
Para peminat juga boleh mendapatkan jersi ini secara online di laman web www.al-ikhsan.com. Jersi ini datang dalam packaging kotak khas yang berharga RM149.00 bagi semua saiz.
👏🏻👏🏻👏🏻🖤 pic.twitter.com/4gVZPiMJo0
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) May 16, 2020
Ini adalah tiga sebab kenapa para penyokong Terengganu wajib memiliki jersi ini dengan segera sebelum kehabisan:
Jersi TFC ‘Blackout limited edition’ hanya terdapat 1000 helai sahaja di dunia
Apa yang menambah nilai pada jersi ini adalah ia hanya dikeluarkan sebanyak 1000 helai sahaja di dunia ini dan semestinya wajib dimiliki oleh para pengumpul jersi dan peminat setia Terengganu FC yang ingin mendapatkannya sebelum habis dijual.
Apapun, ini adalah antara koleksi yang paling ‘rare’ yang perlu dibeli oleh penyokong Terengganu kerana ia akan menjadi khazanah yang amat bernilai pada masa depan.
Jersi ‘Blackout’ yang pertama dalam sejarah bola sepak Terengganu
Trend ‘blackout’ memang popular dalam pembuatan jersi pada era ini. Ia adalah satu trend yang menarik sebenarnya dengan menggelapkan hampir seluruh permukaan jersi dengan warna hitam, dan ditimbulkan pula logo pasukan dan logo penaja jersi dengan berkilau.
Namun ini, kali pertama dalam sejarah TFC melancarkan jersi ‘Blackout’ kerana kebiasaannya mereka menggunakan warna gabungan hitam putih atau kuning biru pada sebagai warna rasmi.
Oleh sebab itu, para penyokong TFC tidak seharusnya melepaskan peluang untuk memakai jersi menarik ini.
Pelbagai sentuhan menarik pada pembuatan jersi
Al-Ikhsan juga kali ini menampilkan kelainan dengan menggunakan warna ‘Onyx’ pada jersi ini. Jersi ini juga menggunakan sistem ‘smartDRY‘ yang berfungsi untuk mempercepatkan proses pengeringan apabila dibasahi dengan air hujan atau peluh badan.
Semua orang tahu Al-Ikhsan merupakan jenama sukan tempatan yang dipercayai dalam kualiti mereka selepas bertapak sekian lama menjual pelbagai barangan sukan dari jenama terkemuka dunia.
Dengan itu, bagi penggemar produk buatan Malaysia, pastinya tahu kualiti jersi ini dari segi teknologi pembuatan dan juga prestijnya.
Tunjukkan sokongan anda kepada skuad Terengganu dengan membeli jersi original di semua cawangan Al Ikhsan Sports dan Football Republic yang terpilih. Dapatkan cepat sementara stok masih ada!
Baca artikel lain mengenai jersi pasukan Liga Malaysia 2020 melalui pautan dibawah.
Kedah Lancar Jersi ‘Home’ Dan ‘Away’ Musim 2020, Peminat Samakan Dengan Corak Buah Tembikai