Teka-teki mengenai pengganti kepada bekas ketua pasukan Terengganu FC, Kipre Tchetche yang menyertai pasukan Kedah musim hadapan akhirnya terjawab apabila naib juara Piala Malaysia 2018 itu menandatangani penyerang yang pernah beraksi dalam saingan Liga Vietnam, Dominique Da Sylva.
Setelah tiga musim menyarung jersi TFC dan membantu pasukan itu layak ke saingan Liga Super musim 2018 serta mara ke pentas akhir Piala Malaysia pada musim yang sama, kontrak Kipre tidak disambung oleh pengurusan pasukan dan beliau memilih Kedah sebagai destinasi musim hadapan.
Welcome Kpah & Kipre. How about that! pic.twitter.com/hjG2WgPC7g
— Official_KedahFA (@official_kfa) November 27, 2019
Faktor utama mengapa kontrak Kipre tidak disambung adalah kegagalan pemain dari Ivory Coast itu mengulangi prestasi cemerlang yang ditunjukkan pada musim 2018 pada saingan musim ini.
Bagi Dominique Da Sylva, penyerang berusia 30 tahun ini pernah beraksi di beberapa negara seperti Vietnam, Mesir, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Cyprus serta pernah memenangi beberapa gelaran domestik ketika membina karier di Mesir.
Dominique dijangka bakal beraksi sebagai penyerang tunggal sambil dibantu oleh dua pemain import yang dikekalkan daripada skuad musim 2019 iaitu Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov. Di bahagian sayap, Faris Ramli dan seorang lagi pemain sayap yany bakal diumumkan dalam masa terdekat akan memberikan sokongan kepada penyerang kelahiran Mauritania.
Baca artikel lain mengenai persiapan pasukan Terengganu FC menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan di sini:
Bekas Kapten Perak, Nasir Basharudin Perkuatkan Terengganu FC Musim Depan
Pemain Sayap Singapura, Faris Ramli Sah Sertai Terengganu FC